Serum terbaik untuk kulit wajah, sesi bersama pakar jenama kecantikan global di House of Sephora


  • Relaks
  • Selasa, 25 Feb 2025

Sephora memperkenalkan Better Skin Fast, yang menampilkan koleksi serum dan krim terbaik untuk membantu mencapai hasil lebih pantas. — Sephora

HOUSE of Sephora kembali lagi dengan menampilkan pelancaran produk kecantikan menerusi dua trend terbaharu iaitu Colour on Colour dan Better Skin Fast, yang hanya boleh didapati di Sephora.

Acara yang berlangsung dua kali setahun itu berperanan memperkenalkan trend kecantikan terkini melalui House of Sephora.

Menerusi acara tersebut, Sephora juga mengumpulkan produk eksklusif daripada jenama Only At Sephora bagi mempamerkan inovasi kecantikan terbaharu kepada para penggemar kecantikan.

Acara di pusat beli-belah The Exchange TRX Kuala Lumpur itu turut memberi peluang eksklusif buat komuniti kecantikan mendapatkan akses eksklusif untuk menjadi antara yang terawal mencuba trend 2025, selain berinteraksi dengan pakar jenama kecantikan global.

BACA LAGI: [VIDEO] Natasha Ozeir wanita di sebalik jenama Richman Coffee, bermula dari bawah, sanggup 15 kali ubah resipi

BACA LAGI: Jadi contoh klinik kecantikan patuh syariah, Dermalene lantik Ustazah Asma' Harun sebagai penasihat

Komuniti kecantikan mendapatkan akses eksklusif untuk menjadi antara yang pertama mencuba trend 2025. — Sephora

Trend Better Skin Fast

Mencapai hasil penjagaan kulit memuaskan sering kali dirasakan seperti maraton, satu perjalanan panjang dan mencabar untuk menemui produk yang benar-benar sesuai dengan kulit.

Namun, bagi anda yang ingin mencerah, melembapkan atau mengecilkan liang pori, Sephora memperkenalkan Better Skin Fast, koleksi serum dan krim membantu mencapai hasil lebih pantas berdasarkan jenis serta masalah kulit anda.

House of Sephora berperanan memperkenalkan trend kecantikan terkini. — Sephora

Capai segera matlamat penjagaan kulit anda dengan pelancaran terbaharu produk penjagaan kulit tersebut:

Tatcha – Brightening Serum, RM500

Glow Recipe – Watermelon Glow Niacinamide Dewy Flush (Watermelon Flush dan Berry Flush), RM127

Allies of Skin – Retinal 0.1 peratus dan Peptides Advanced Repair Night Cream, RM643

Biossance – Squalane + Firm dan Lift Dual Serum, RM355  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram