[VIDEO] Natasha Ozeir wanita di sebalik jenama Richman Coffee, bermula dari bawah, sanggup 15 kali ubah resipi


  • Bizz
  • Rabu, 22 Jan 2025

Usahawan jelita yang lebih dikenali dengan nama Natasha M Ozeir itu nyata berada dalam liganya tersendiri.

MENGENALI Natasha Mohammad Ozeir, dunia perniagaan nampaknya memang sebati dengan susuk wanita berusia berusia 39 tahun ini.

Berlatarbelakangkan keluarga yang aktif dalam perniagaan mencetuskan minat dan impian untuk menerokai cabang kerjaya penuh risiko itu, sejak usianya mencecah 18 tahun.

Menginspirasikan datuknya, Tan Sri Datuk Harris Mohd Salleh (Ketua Menteri Sabah ke-6) sebagai idola dalam kehidupan dan bisnes, usahawan jelita lebih dikenali dengan nama Natasha Ozeir itu nyata berada dalam liga tersendiri.

BACA LAGI: Tak sanggup anak terus derita ekzema, wanita keturunan Melanau cipta sabun natural, dapat perhatian pelanggan Jepun dan AS

BACA LAGI: Sampai menteri pun terpikat, status lelaki bukan alasan anak jati Kota Bharu buka bisnes tudung

Menepis persepsi umum ketidakupayaan wanita dalam bisnes, Natasha mengambil langkah berani untuk menguruskan bisnes kopi di bawah kendaliannya sendiri.

Tampil dengan jenama Richman Coffee, inisiatif itu sebenarnya sudah dimulakan sejak 2019, sebelum kemunculan pandemik Covid-19 menyebabkan segala proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) terpaksa ditangguhkan sehingga ia dilancarkan pada tahun lalu.

Sebagai pencinta kopi, bicara Natasha, beliau bertekad untuk mencipta sebuah jenama kopi yang mampu memenuhi keperluan ramai tanpa mengira latar belakang.

"Saya mahu mencipta perniagaan yang tidak terikat dengan sebarang batasan.

"Tidak kira status atau pekerjaan, saya percaya kopi adalah keperluan harian untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

"Keputusan untuk memulakan Richman Coffee juga adalah hasil daripada keperluan terhadap kopi. Bagi saya, minuman ini bukan sekadar minuman harian, sebaliknya sudah menjadi keperluan untuk saya sepanjang masa," ujarnya kepada Majoriti.

Berkongsi lanjut tentang produknya, Natasha berkata, konsep yang ditampilkan begitu mudah.

Jelasnya, Richman Coffee menawarkan kopi dua dalam satu untuk memudahkan para penggemar menikmati kopi premium, hanya dengan menambah air panas.

"Kopi susu kami menggunakan biji kopi Arabica premium yang ditawarkan pada harga berpatutan, setanding dengan kopi 2 dalam 1 lain di pasaran.

"Kopi ini adalah gabungan rasa kopi Barat dan tempatan. Kami ingin menggabungkan yang terbaik dari kedua-duanya," kata wanita berdarah Sabah dan Lebanon itu.

Snapinst.app_433234095_18425365411039024_923796107161497439_n_1080

Natasha kebiasaannya minum dua cawan kopi sehari. — Instagram/natashaozeir

Kopi Arabica

Jenama semakin dikenali bukan hanya dalam kalangan masyarakat, tetapi juga golongan kerabat dan selebriti itu memperkenalkan kopi berkualiti tinggi diperbuat daripada biji kopi Arabica premium.

Jelas ahli perniagaan itu lagi, keputusan menggunakan Arabica, yang diiktiraf antara biji kopi terbaik di dunia, memberikan rasa lebih halus dan kaya sehingga menjadikan setiap tegukan pengalaman istimewa.

"Penggunaan biji kopi ini adalah langkah strategik untuk memastikan pelanggan menikmati kopi yang tidak hanya menyegarkan, bahkan memenuhi standard kualiti tinggi.

"Kopi Arabica memberikan rasa lebih lembut dan beraroma berbanding dengan jenis kopi lain. Kami ingin membawa pengalaman kopi premium kepada pengguna setiap hari," jelas Natasha yang dilahirkan di Kota London dan dibesarkan di Beaufort, Sabah.

Snapinst.app_441015377_428904189739651_1150414684891499574_n_1080

Richman Coffee memperkenalkan kopi berkualiti tinggi diperbuat daripada biji kopi Arabica premium. — Instagram/richman.coffee

Luas pasaran ke Sabah dan Sarawak

Sejak dilancarkan, Richman Coffee kini boleh didapatkan di lebih 2,500 cawangan 7-Eleven seluruh Malaysia, dengan harga RM5.80 secawan.

Ditanya perancangan meluaskan pasaran kopi ke Sabah dan Sarawak, anak kedua daripada tiga beradik ini tertawa kecil seraya berkata, "Ya, sudah pasti!".

Jelas beliau, jenama itu dalam usaha untuk dibawa di kedua-dua negeri tersebut selepas permintaan terhadap produknya semakin mendapat sambutan menggalakkan.

"Kami dalam perancangan untuk pasarkan kopi ke sana, insyaAllah dalam tahun ini juga," katanya sambil menambah bahawa Richman Coffee juga boleh dibeli secara dalam talian melalui platform e-dagang.

Bercerita mengenai perkembangan industri kopi, pemegang Sarjana Muda Komunikasi (Perhubungan Awam) Universiti Help itu melihatnya sebagai pasaran yang besar.

Walaupun banyak perniagaan kopi kini muncul dengan pelbagai perisa unik, pempengaruh itu tetap berpegang pada konsep asas.

"Bagi saya kopi adalah keperluan harian, bukan sekadar trend kerana trend akan datang dan pergi, tetapi kopi asas akan sentiasa diminati," jelasnya yang akan meminum dua cawan kopi sehari.

WhatsApp Image 2025-01-21 at 14.26.01

Natasha berhasrat memasarkan kopinya ke cawangan stesen minyak terpilih menjelang Ramadan.

Puas

Bagi Natasha, kepuasan sebenar sebagai seorang usahawan datang apabila beliau melihat individu lain menikmati kopi hasil penat lelahnya.

Kongsi wanita ini, setiap kali masuk ke dalam mana-mana cawangan 7-Eleven dan menyaksikan sendiri pelanggan membeli Richman Coffee, beliau merasakan satu kepuasan luar biasa.

"Walaupun hanya secawan kopi berharga RM5.80, perasaan itu sangat memuaskan.

"Apabila pelanggan terutama rakan-rakan, kerap menghantar mesej bertanyakan tentang kopi, ia adalah momen yang membuatkan saya tahu usaha ini berbaloi," ujarnya yang gemar mendapatkan maklum balas daripada pelanggan setia.

Namun akuinya, perjalanan untuk mencapai rasa kopi yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah.

Beliau dalam pada itu turut berkongsi pengalaman awal jenama kopi miliknya yang penuh dengan ujian dan eksperimentasi.

"Saya terpaksa mengubah rasa kopi hingga 15 kali untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan rasanya.

"Setiap kali ada maklum balas, saya akan terus memperbaiki rasa sehingga saya sendiri berpuas hati," katanya.

Perniagaan kopi ini tidak hanya memberi keuntungan, tetapi juga memberikan kepuasan peribadi tidak ternilai bagi ahli perniagaan tersebut.

"Bisnes ini memberi saya rasa yakin dengan diri sendiri. Walaupun dibantu oleh keluarga, saya tetap berbangga kerana membina dari bawah," tambah Natasha yang berhasrat untuk memasarkan kopinya ke cawangan stesen minyak terpilih menjelang Ramadan.

Snapinst.app_473619090_18484029769039024_7993805556460017937_n_1080

Usahawan ini mengakui, pembabitan wanita dalam bidang kerja dan perniagaan amat memberangsangkan. — Instagram/natashaozeir

Usahawan beauty with brain

Mengulas lanjut tentang peranan wanita masa kini, usahawan dengan pakej beauty with brain itu mengakui, pembabitan wanita dalam bidang kerja dan perniagaan amat memberangsangkan.

Justeru tegasnya, wanita tidak seharusnya menjadi pengisi kuota semata-mata.

Sebagai Pengarah Pemasaran Balung Plantation, Natasha juga menyelia 3,000 ekar tanah pertanian di Balung, Sabah yang menumpukan pada penanaman herba, buah-buahan dan bahan organik komersial.

Pada masa sama, beliau turut bekerja rapat dengan Kebun Rimau Sdn Bhd, yang terlibat dalam pembangunan luar bandar di peringkat negeri.

Organisasi itu memimpin dan mengambil bahagian memperkenalkan sistem pertanian bersepadu di Negeri Di Bawah Bayu.

Peranan Natasha tidak terhenti di situ, beliau juga menguruskan eksport, pemasaran langsung untuk Malaysia dan mengawal aspek kewangan syari kat di Malaysia Barat.

Salah satu kemuncak kerjayanya pada usianya 26 tahun adalah mendap atkan pembangunan Program Perumahan Rakyat Malaysia (PRIMA) bernilai RM197 juta sebelum mencecah usia 30 tahun.

Dalam pada itu, Natasha turut menjawat pelbagai jawatan dalam perniagaan termasuk Pengasas Bersama platform kecantikan halal, Pretty Suci yang diasaskan pada 2018.

Menariknya, koleksi solekan, produk penjagaan kulit di bawah Pretty Suci yang pertama diketengahkan di Sephora. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram