Jadi contoh klinik kecantikan patuh syariah, Dermalene lantik Ustazah Asma' Harun sebagai penasihat


  • Bizz
  • Khamis, 20 Feb 2025

Dr Alina (dua dari kiri) dan suaminya (kiri) merupakan pengasas Dermalene.

KLINIK kecantikan khusus untuk rawatan kulit, Dermalene buat pertama kalinya berkolaborasi dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma' Harun sebagai penasihat syariah rasmi melalui Memorandum Persefahaman (MoU).

Kerjasama itu bukan sahaja menyokong rawatan kecantikan yang selamat dan patuh syariah, malah bagi memberi kesedaran tentang kepentingan nilai-nilai Islam kepada masyarakat.

Pengasas Dermalene, Dr Alina Hasni berkata, inisiatif itu bermula selepas menyedari akan keperluan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya memilih produk kecantikan yang halal dan beretika. 

BACA LAGI: [VIDEO] Gadis 'Chargeman' tepis sterotaip wanita sesuai kerja pejabat, muka hampir terkena percikan api

BACA LAGI: [VIDEO] Simpanan cuma ada RM200, fisioterapis gigih jual daging salai di Alor Setar demi implan tempurung kepala berharga RM15,000

6176961501013861042

Sesi menandatangan MoU bersama Ustazah Asma' di Ibu Pejabat Dermalene di Vista Alam pada Rabu.

Katanya, Ustazah Asma’ dipilih kerana kepakaran dan kredibilitinya yang pernah bekerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menyampaikan mesej Islam berkaitan gaya hidup secara menyeluruh termasuk aspek kecantikan.

"Kami sangat yakin dengan kehadiran Ustazah Asma’ dalam memperkukuhkan lagi komitmen terhadap kecantikan yang patuh syariah.

"Beliau bukan sahaja membawa pengalaman yang luas, tetapi juga nilai-nilai yang selari dengan visi dan misi jenama kami.

"Dermalene berharap dapat membuka mata lebih ramai individu mengenai kepentingan memilih rawatan kecantikan yangselamat, mesra syariah dan tidak melibatkan prosedur invasif yang meragukan. 

"Kami ingin membina kesedaran bahawa kecantikan tidak hanya terletak pada aspek luaran, tetapi juga berkait rapat dengan keberkatan dalam penjagaan diri," katanya kepada pemberita di Vista Alam, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Selain menyampaikan ilmu melalui platform media sosial Dermalene, Ustazah Asma’ Harun juga akan terlibat dalam beberapa inisiatif utama termasuk program Corporate Social Responsibility (CSR) yang melibatkan komuniti Perkampungan Hijrah di Negeri Sembilan. 

6176961501013861040

Kerjasama Dermalene dalam memberi rawatan kecantikan patuh syariah.

Ia sejajar dengan usaha Dermalene untuk tidak hanya memenuhi kecantikan luaran, tetapi mendalamkan makna kecantikan daripada sudut syariah.

Dermalene pada masa sama mendapat pensijilan ISO 9001:2015 bagi mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap standard pengurusan yang berkualiti tinggi. 

Pensijilan itu bukan sahaja menjadi bukti profesionalisme mereka, malah keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Sementara itu, Ustazah Asma' berkata, Dermalene boleh jadi contoh sekiranya sesiapa yang mahu buka klinik kecantikan atau estetik yang patuh syariah. 

"Ini akan ada nilai tinggi bila ada pelaksanaan pematuhan syariah dan akan jadi satu standard untuk klinik lain.

"Maksudnya ada usaha untuk memastikan segala perkhidmatan dan bahan yang digunakan mengikut syariah Islam.

"Kerana zaman sekarang, terlalu mudah untuk claim halal, jadi bila adanya penasihat sebegini, pelanggan lebih peka dan percaya untuk lakukan rawatan," katanya. 

Dalam usaha untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Dermalene juga akan melancarkan program Raya Ready 2025 bersama jenama hebat Siti Khadijah untuk memberikan pengalaman kecantikan yang sesuai dengan gaya hidup muslimah moden menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram