Tumbuhan akuatik penyeri landskap rumah


  • Relaks
  • Ahad, 16 Feb 2025

Landskap luar memainkan peranan dalam menyerikan kediaman untuk seisi keluarga bersantai. — Gambar hiasa

LANDSKAP luar rumah memainkan peranan penting kerana ia memberikan pandangan pertama buat para tetamu yang bertandang.

Jika tidak kemas atau kotor secara tidak langsung mempengaruhi persepsi bahawa pemilik rumah pemalas.

Majoriti hari ini berkongsi lima tip mencantikkan halaman rumah menggunakan tumbuhan air (akuatik) dan kolam hiasan.

BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan VAR 'last minute' kecewakan fans, aksi JDT-MUFT dan Selangor-Penang turut terpalit

BACA LAGI: Keputusan ref di Stadium Bandaraya kecewakan Selangor raih 3 mata

IMG_1465-scaled

Pokok teratai air antara tumbuhan air popular digunakan di laman rumah dan mudah dijaga.

Tumbuhan akuatik

Sangat disyorkan buat mereka yang memiliki pasu takungan air di rumah untuk meletakkan tumbuhan akuatik seperti teratai.

Ia merupakan sejenis flora akuatik yang biasa terdapat di tasik, kolam dan sungai.

Sekiranya bunga teratai menjadi pilihan, maka ia memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya empat jam sehari.

Ini kerana proses tersebut membolehkan ia mengeluarkan bunga cantik berwarna putih dan adakalanya ungu serta penjagaannya juga tidak susah.

Bagaimanapun, anda perlu sentiasa trim tumbuhan berkenaan bagi mengelakkan pembiakannya meluas sehingga menutupi ruang takungan air. Persekitaran tampak tidak kemas.

file7r3vmu1ry051dfyosalo

Kolam ikan membuatkan landskap rumah eksklusif dan mewah. Gambar hiasan

Kolam ikan, pancuran air

Berbicara mengenai landskap rumah, kolam ikan atau pancuran air kolam juga mampu memberikan impak pada wajah halaman kediaman.

Amat digalakkan kolam ikan dikelilingi tumbuhan berwarna hijau untuk menghidupkan suasana flora dan fauna dan tampak lebih mewah.

Kolam ikan tidak perlu terlalu besar dan lokasi yang terbaik di sudut atau penjuru kediaman untuk memberi ruang minimalis buat tetamu dan isi rumah bersiar-siar di laman.

Pembiakan nyamuk

Buat mereka memilih pasu hiasan pasu yang bertakung, meskipun terdapat tumbuhan hidup mekar di atas permukaan air perlu diingatkan akan kehadiran nyamuk. Sebersih mana pun pasu pembiakan nyamuk tetap berlaku.

Cara menghindari adalah dengan meletakkan ikan kecil seperti ikan gapi bertujuan memakan nyamuk atau telur nyamuk.

Bagaimanapun, jika ia merumitkan usah khuatir. Titiskan minyak masak atau minyak bayi atau bahan kimia terkawal yang ada dijual di kedai kebun untuk menutup permukaan tersebut. Langkah itu boleh dipraktikkan sekiranya perlu meninggalkan rumah beberapa hari.

Setelah pulang buang air tersebut dan ganti dengan air bersih baharu. Jangan titis terlalu banyak risiko tumbuhan air mati kerana tiada oksigen.

growing-flowers-wooden-boxes-garden-yard

Elak menggunakan pasu yang boleh membuatkan air bertakung bagi mengundang pembiakan nyamuk. Gambar hiasan/Freepik

Racun serangga

Bagi mengekalkan kesegaran tumbuhan, racun serangga amat diperlukan. Jangan ingat, tumbuhan berair tidak memerlukannya.

Setiap pemilik rumah pasti mahukan pemandangan halaman cantik sambil melihat tumbuh-tumbuhan hidup segar. Oleh itu, penggunaan racun serangga adalah untuk mengelakkan daripada serangga perosak memusnahkan daun atau bunga.

Siput kecil antara musuh utama tumbuhan di dalam pasu berair. Ia memakan daun sehingga menyebabkan tumbuhan itu berlubang-lubang dan mati.

Kebersihan dan pemasangan jaring

Mungkin sesetengah individu hanya mahukan tanaman berkonsepkan pasu takungan air dalam kuantiti sedikit. Namun, penjagaan dan kebersihan perlu kerap dilakukan untuk mengelak daripada kehadiran haiwan berbisa seperti ular.

Kebarangkalian untuk haiwan sedemikian singgah ke halaman rumah adalah tinggi untuk mendapatkan air terutamanya pada musim panas.

Secara amnya, jika laman sentiasa kemas mudah untuk pemilik mengesan haiwan yang boleh mengancam tanaman.

Tambahan pula, pemasangan jaring di sekeliling rumah amat digalakkan terutamanya di bahagian longkang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram