SELANGOR FC terpaksa berputih mata pada minit-minit akhir apabila diikat Penang FC dengan keputusan 1-1 saingan Liga Super pada Sabtu.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, kedua-dua pasukan menampilkan persembahan yang seimbang.
Meskipun saling berbalas serangan namun tiada jaringan berjaya dicetak oleh kedua-dua pasukan itu kerana benteng pertahanan mereka cukup memainkan peranan penting.
BACA LAGI: [VIDEO] Baddrol meriahkan majlis kahwin Rizal Ghazali, sempat singgah rai Sanusi sambut menantu
BACA LAGI: Satu-satunya peserta lelaki Klinik NSL, atlet memanah, kriket mahu uji kesukaran bola jaring
Ronnie (tengah) mencetak gol pembukaan di Stadium Bandaraya.
Bagaimanapun, gol yang ditunggu-tunggu akhirnya hadir buat Selangor apabila rembatan dari luar kotak penalti penyerang import, Ronnie Fernandez berjaya menggegarkan jaring tuan rumah seawal minit ke-10 sekali gus meletakkan Gergasi Merah di depan.
Sebelum tamat babak pertama, Penang FC menerusi Dylan Wenzel-Halls hampir menyamakan kedudukan namun rembatan itu berhasil ditangkap kemas oleh penjaga gol Gergasi Merah, Kalamullah Al-Hafiz.
Aksi babak pertama di Stadium Bandaraya menyaksikan pasukan tuan rumah ketinggalan 0-1.
Bersambung babak kedua, hujan lebat mula turun di bumi Pulau Pinang yang menyaksikan keadaan padang di Stadium Bandaraya dalam keadaan yang becak.
Dengan keadaan padang yang licin, kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan yang agak perlahan.
Para pemain dilihat bergelut dengan keadaan tersebut sekali gus mempengaruhi kelancaran permainan.
Rafael Vitor menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada masa tambahan untuk Penang meraih satu mata.
Memasuki minit-minit akhir aksi, Harimau Kumbang hampir menyamakan kedudukan namun berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Gergasi Merah.
Namun, berlaku drama di penghujung perlawanan apabila pertahanan Gergasi Merah, Fazly Mazlan dikesan menggunakan tangan ketika mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.
Selepas melihat video bantuan pengadil (VAR), pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri memberi sepakan penalti kepada Harimau Kumbang.
Skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail itu akhirnya berhasil menyamakan kedudukan selepas Rafael Vitor berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut menewaskan Kalamullah.
Keputusan seri itu mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong Gergasi Merah yang tidak setuju dengan keputusan pengadil.
"Ref bagi penalti, ref memang lawak, hujung-hujung game buat hal," kata Muhammad Muhammad.
"Ref select, sudahlah padang banjir, bagi chance pula dekat Penang yang hampir nak terkeluar," kata Fahmi Abu Hassan.
"VAR buta kayu, bola 50-50 pun boleh bagi penalti, ref terpaling VAR," kata Nizam Haris.
"Ref berat sebelah, hujan lebat tak nak pula berhentikan perlawanan, sudah last minit bagi Penang penalti, tiga mata hilang terus minit akhir," kata Naim Zahari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram