
TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) saban tahun memperlihatkan kemajuan yang begitu hebat dengan jumlah penggunaan yang semakin bertambah. Kita juga sudah sering mendengarkan pelbagai hujah, pro dan kontra terhadap penggunaan teknologi tersebut.
Begitu juga dengan industri kecantikan yang tidak terlepas untuk melibatkan diri dalam kecanggihan penggunaan AI.
Jadi, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan dan mungkin ia menjadi satu kelebihan dalam industri kecantikkan dengan penggunaan teknologi tersebut.
BACA LAGI: Tempias trend boikot beri 'keuntungan' buat Zlay, pelanggan beralih jenama lokal
BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan
Personalisasi berasaskan AI dan kecekapannya dalam menyediakan pengalaman yang optimum kepada pengguna, mendorong inovasi dalam pembangunan produk.
Trend ini memudahkan penguasaan data untuk memenuhi jangkaan pengguna yang semakin tinggi terhadap personalisasi, kelestarian dan ketelusan.
AI membantu pengalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik mereka.
Motivasi pengguna
Pengguna semakin selesa bergantung kepada produk yang menyediakan pengalaman yang memenuhi keperluan unik mereka. Dengan adanya sokongan AI, kehendak konsume akan dipermudahkan dengan kecekapan proses membeli-belah dan membuat keputusan.
Dari sudut kelestarian, penjanaan maklumat secara terus terhadap produk kecantikan akan mencetuskan nilai tanggungjawab dalam kalangan pengguna dan seterusnya mengurangkan impak alam sekitar.
Personalisasi AI dalam penjagaan kulit dan solekan yang paling menarik minat wanita.
Faktor dorongan trend
Dengan adanya teknologi ini, pemain industri kecantikan boleh membuat ramalan trend melalui penelitian AI terhadap tingkah laku, minat dan demografik yang berkaitan dengan produk sasaran.
Selain personalisasi segera, ia juga menarik minat golongan Millennial dan Gen Z yang mana teknologi sudah sebati dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
Maka, proses untuk mengenal pasti prospek atau pelanggan yang berpotensi akan lebih cepat dan mengoptimumkan penggunaan sumber serta pengurangan pembaziran.
Apatah lagi, personalisasi penjagaan kulit dan solekan tentunya menarik minat wanita, baik dari golongan berpendapatan sederhana hinggalah yang berpendapatan tinggi.
Pemilik produk akan mendapat keseimbangan etika manusia dan AI bagi memastikan titik sentuhan manusia itu kekal penting serta wujud dalam pengalaman pelanggan.
Impak AI dalam industri
Kesan yang besar pasti berlaku kepada mana-mana industri yang menggunakan AI. Sekalipun ia berskala kecil, teknologi itu umpama batu lonjakan untuk satu-satu industri itu melangkah lebih jauh.
Secara amnya, AI menawarkan penyelesaian pantas, lebih peribadi selari dengan keperluan individu dalam pemilihan produk kecantikan.
Bahkan, pemilik produk juga boleh fokus pada keseimbangan etika manusia dan AI bagi memastikan titik sentuhan manusia itu terus kekal dalam mewujudkan pengalaman yang lebih mesra pelanggan.
Kesimpulannya, masa depan industri kecantikan terletak pada keseimbangan pelbagai faktor. Inovasi teknologi perlu ada interaksi manusia, amalan beretika juga penting demi kelestarian alam sekitar.
Penggunaan AI akan terus menakluki industri, tetapi jenama kecantikan juga perlu terus memastikan kemajuan ini bersifat inklusif, mudah diakses dan bertanggungjawab.— AGENSI/Nateisha Scott
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram