Telusuri perjalanan novelis terkemuka Fatimah Busu, angkat latar belakang kampung halaman Kampung Pasir Pekan, Kelantan


  • Massa
  • Jumaat, 14 Feb 2025

NOVELIS terkenal negara yang juga penulis cerpen dan ahli akademik, Fatimah Busu, dijangka memperkenalkan karya-karyanya kepada khalayak yang lebih luas melalui pelancaran siri buku An Ordinary Tale About Women And Other Stories pada Februari.

Koleksi diterbitkan pada Disember tahun lalu mengandungi 10 cerpen menggambarkan perjalanan seni Fatimah, yang dilahirkan di Kelantan, dari era 1960-an hingga ke zaman kematangannya pada 1990-an.

Buku yang diterjemahkan oleh Pauline Fan, itu memaparkan cara penceritaan berkuasa dan menonjolkan pandangan masyarakat yang tajam, menjadikannya sebagai kekuatan sastera di Malaysia.

BACA LAGI: 'Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

BACA LAGI: Wira tanpa suara: Anjing perang dan pengorbanan di sebalik misi menentang komunis

2

Koleksi diterbitkan pada Disember tahun lalu mengandungi 10 cerpen menggambarkan perjalanan seni Fatimah.

Bagi membawa cerita-cerita Fatimah, 82, kepada sasaran lebih luas, Pauline turun padang menyertai sesi bual bicara buku dan 'bertemu penterjemah' di Books Kinokuniya, Suria KLCC, Kuala Lumpur pada 15 Februari lalu.

Fatimah yang kini menetap di Pulau Pinang juga akan membuat kemunculan awam yang jarang berlaku pada pelancaran buku tersebut di Areca Books, George Town pada 22 Februari, dari pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Di George Town, beliau akan bergabung dengan Pauline dalam sesi perbincangan bersama, dengan penulis Regina Ibrahim sebagai pengemudi acara.

Antologi yang diterbitkan oleh Penguin Random House SEA itu menawarkan campuran cerita-cerita klasik Fatimah dan beberapa karya kurang dikenali, dengan gaya unik yang mengalir lancar antara realisme sosial, landskap impian, visi apokaliptik, mitologi yang diolah semula dan realisme magis.

Menurut beliau, subjektiviti yang kuat dan agen protagonis wanita dalam ceritanya serta perspektif unik kanak-kanak, menawarkan naratif tandingan yang kuat terhadap landskap sastera fiksyen Melayu yang dikuasai oleh penulis lelaki.

"Banyak cerita Fatimah Busu berlatarbelakangkan kampung halamannya di Kampung Pasir Pekan, Kelantan dan dipenuhi dengan keistimewaan dialek Kelantan, kepekaan dan kehidupan seharian.

"Untuk pertama kalinya, cerita-cerita penuh emosi dalam bahasa Malaysia ini akan tersedia untuk pembaca bahasa Inggeris.

Cover

Karya klasik Ismail yang menghiasi sampul buku An Ordinary Tale About Women And Other Storie.

Karya klasik Ismail Zain

Pencinta seni juga akan menikmati tambahan menarik pada sampul buku An Ordinary Tale About Women and Other Stories, yang menampilkan lukisan Woman Bathing In A Stream, After Rembrandt, sebuah karya 1968 oleh seniman Malaysia, Ismail Zain (1930-1991).

Selain karya klasik Ismail yang menghiasi sampul buku itu, pemikirannya yang penuh visi turut dikumpulkan dan siap untuk menginspirasi generasi baharu.

Fergana Art, dengan kerjasama Galeri Seni Negara, akan melancarkan projek buku yang lama dinantikan, Ismail Zain Intermediations: Selected Writings On Art And Aesthetics.

Buku tersebut mengandungi 33 esei menarik oleh Ismail yang merangkumi tempoh 17 tahun (1972-1989), diterbitkan dalam bahasa Malaysia dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Ia menawarkan wawasan mengenai pertembungan seni, budaya dan estetika melalui perspektif unik Ismail.

Buku itu akan dilancarkan di Galeri Seni Negara, Kuala Lumpur, dengan upacara rasmi yang akan diumumkan tidak lama lagi. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram