Persembah koleksi hikayat moden, Ariani pilih Siti Khadijah, Siti Saleha antara wajah baharu kempen raya


  • Bizz
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Ariani kembali dengan pertunjukan fesyen bertemakan koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana. — Ariani

BAGI menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba, jenama hijab terkemuka tanah air, Ariani kembali dengan pertunjukan fesyen bertemakan koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana.

Sebanyak 158 daripada 600 pilihan hijab dan busana terbaharu diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan lebih unik, moden serta elegan yang dipertontonkan kepada 1,000 tetamu hadir pada majlis yang berlangsung di ibu kota itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani berkata, Aidilfitri bukan hanya tentang berkumpul bersama keluarga dan sahabat, tetapi juga meraikan kebersamaan dengan memakai busana baharu melambangkan kebahagiaan serta kenangan manis.

BACA LAGI: Tempias trend boikot beri 'keuntungan' buat Zlay, pelanggan beralih jenama lokal

BACA LAGI: Fesyen warga Singapura lebih sekular, Malaysia minat perincian, Dahlia lebih selektif bawa jenama tempatan ke seberang tambak

Ujarnya, tidak kira mahal atau murah, pakaian raya memberikan nilai sentimental kepada pelanggan.

"Koleksi kali ini merangkumi lebih 300 pilihan hijab polos dan bercorak, termasuk 50 rekaan bawal satin dan twill bercorak, 100 rekaan bawal voile bercorak dan 100 rekaan selendang serta bawal polos dengan perincian diamante dan sulaman.

"Selain itu, Ariani Luxe menampilkan lebih 100 rekaan eksklusif dengan perincian French lace dan kristal Swarovski, yang menjadikan koleksi ini begitu istimewa.

WhatsApp Image 2025-02-14 at 13.10.51

Koleksi kali ini merangkumi lebih 300 pilihan hijab polos dan bercorak. — Ariani

Pelakon sensasi, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut memukau lebih 1,000 tetamu dengan penampilannya sebagai Muse Ariani Luxe 2025.

Che Ta yang pernah menjadi wajah kempen Ariani tahun lalu, membuka tirai pertunjukan fesyen dengan anggun sambil memperagakan tudung eksklusif Ariani Luxe.

Pada majlis tersebut, Ariani turut mempersembahkan koleksi Ariani ready-to-wear (RTW), dengan 300,000 helai baju raya termasuk kurung, jubah, kurta dan baju Melayu.

Walaupun hanya 158 rekaan dipersembahkan, koleksi RTW Ariani mempunyai pelbagai pilihan untuk semua peringkat usia, dengan saiz daripada bayi hingga dewasa, dalam hampir 10 jenis material berbeza seperti satin, sifon dan jacquard.

WhatsApp Image 2025-02-14 at 13.10.52

Ariani mempunyai pelbagai pilihan untuk semua peringkat usia. — Ariani

Ariani terus berpegang kepada identiti jenama yang mengutamakan kualiti dengan harga terbaik, sama ada untuk pasaran butik fizikal atau dalam talian.

Koleksi tudung jenama berkenaan disasarkan untuk semua wanita selain turut mengekalkan tiga pesona jelitawan Malaysia, Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally sebagai duta jenama, sementara Fyza Kadir sebagai Muse Ariani Premium.

Tahun ini, Ariani memperkenalkan 11 wajah baharu untuk kempen raya 2025, termasuk selebriti seperti Siti Khadijah, Siti Saleha, Amyra Rosli, Mawar Rashid dan Uqasha Senrose.

Kolaborasi bersama rakan-rakan pempengaruh TikTok turut merancakkan kempen raya jenama tersebut.

WhatsApp Image 2025-02-14 at 13.13.04 (1)

Ariani turut mengekalkan Lisa Surihani (kiri), Uyaina Arshad (kanan) dan Bella Dally sebagai duta jenama. — Ariani

Sementara itu, majlis turut dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen daripada hero-hero Malaysia yang memperagakan baju melayu dan kurta, mengembalikan nostalgia kegemilangan lakonan mereka.

Kemuncak majlis diserikan dengan satu lagi kejutan, iaitu kolaborasi eksklusif antara Ariani dan Liberty London, gedung fesyen mewah dari London.

Koleksi Liberty X Ariani menampilkan lima rekaan potongan tradisional dengan pilihan corak bunga ikonik Liberty, sebagai simbolik mengangkat nilai budaya Malaysia bersama jenama antarabangsa.

Tidak ketinggalan, Ariani turut melancarkan kerjasama dengan Bokitta jenama tudung instant tanpa pin yang popular di Malaysia, dalam koleksi edisi raya kali ini.

Koleksi Ariani x Bokitta itu merangkumi empat rekaan tudung instant dengan pelbagai pilihan fabrik berbeza, yang akan dikeluarkan secara berperingkat.

Sebagai penutup, Ariani mempersembahkan koleksi Ariani Premium yang mewah, dengan penggunaan material sutera, satin berkualiti tinggi dan aksesori kristal Swarovski, memberi pelanggan pilihan busana eksklusif untuk lebaran.

Kesemua koleksi Ariani tersebut akan dijual secara berperingkat bermula Khamis dan akan dilengkapkan sempena Jualan Mega Lebaran yang bakal berlangsung pada 21 Februari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram