
BUAT anda yang mengimpikan kulit wajah sihat dan berseri, jenama penjagaan kulit berasaskan sains, MDSUN Skin Care kini sudah menjengah ke pasaran Malaysia.
Jenama penjagaan kulit terkenal dari Amerika Syarikat (AS) diasaskan pakar bedah plastik terkemuka, Dr. George Sun pada 2001, membuka kedai flagship pertama di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Pembukaan stor utama tersebut disambut meriah dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Pengasas Bersama MDSUN Skin Care, Zehra Sun.
BACA LAGI: Saloma jadi inspirasi, Koleksi Raya Khoon Hooi 2025 tradisi bertemu moden
Juliana Evans (kiri) turut hadir memeriahkan pembukaan kedai tersebut. — MDSUN Skin Care
Turut hadir, Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Che Puan Juliana Sophie Johari Evans dan cef tersohor Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Flagship MDSUN Skin Care menawarkan pengalaman membeli-belah istimewa termasuk sesi konsultasi penjagaan kulit secara peribadi, paparan produk interaktif dan promosi eksklusif untuk pencinta penjagaan kulit.
Pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman membeli produk penjagaan kulit premium yang diformulasi dengan kepakaran perubatan kulit dan bahan-bahan semula jadi.
Zehra meluahkan keterujaan beliau untuk memperkenalkan produk-produk MDSUN Skin Care ke pasaran Malaysia.
Produk itu diformulasi menggunakan kepakaran perubatan kulit dan pengalaman luas dalam penyelidikan dermatologi. — MDSUN Skin Care
"Produk kami diformulasi dengan bersungguh-sungguh menggunakan kepakaran perubatan kulit dan pengalaman luas dalam penyelidikan dermatologi, menggabungkan sains dan bahan semula jadi.
"Dengan rutin penjagaan kulit yang tepat, impian memiliki kulit sihat dan cantik sepanjang hayat pasti menjadi kenyataan," katanya.
Sebagai meraikan pembukaan stor pertama tersebut, MDSUN Skin Care turut menjemput Chef Wan, yang merupakan pengguna setia jenama itu berkongsi pengalaman menggunakan produk MDSUN.
Jenama penjagaan kulit berasaskan sains tersebut kini sudah menjengah ke pasaran Malaysia. — MDSUN Skin Care
Majlis pembukaan juga dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Noryn Aziz.
MDSUN Skin Care beroperasi di Pavilion Damansara Heights bermula 13 Februari 2025.
Stor itu dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan peluang mencuba MDSUN Skin Care untuk mendapatkan kulit sihat dan berseri serta temui transformasi penjagaan kulit premium pertama seumpamanya di Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram