[VIDEO] Special Forces wanita bersaing dengan pasukan lelaki ujian kemahiran, strategi taktikal UAE SWAT Challenge 2025


  • Benua
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Kemahiran dan strategi taktikal ditunjukkan peserta menonjolkan semangat berpasukan, ketabahan dan tekad untuk mengatasi senario mencabar. — Agensi

EDISI keenam UAE SWAT Challenge 2025 yang berlangsung 1 hingga 5 Februari lalu menyaksikan penyertaan lima pasukan wanita tempatan dan antarabangsa bersaing bersama pasukan lelaki.

Kehebatan kemahiran dan strategi taktikal ditunjukkan peserta memukau penonton dengan menonjolkan semangat berpasukan, ketabahan dan tekad untuk mengatasi senario mencabar.

Dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Dalam Negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dihoskan oleh Polis Dubai, UAE SWAT Challenge kini diiktiraf sebagai salah satu pertandingan sukan taktikal paling penting dalam sektor kepolisian dan keselamatan.

BACA LAGI: Bekas kontabel polis wanita, Ang Kim Choo masih bersemangat waja pada usia 102 tahun

BACA LAGI: Wira tanpa suara: Anjing perang dan pengorbanan di sebalik misi menentang komunis

Acara berprestij itu memperlihatkan lebih 100 pasukan polis, operasi khas dan pasukan keselamatan daripada 80 negara bersaing dalam acara yang memerlukan tahap koordinasi tinggi, kekuatan fizikal, kecerdasan taktikal serta ketahanan mental luar biasa.

Peserta tanpa mengira jantina, diuji dengan tugas dan senario yang mencerminkan situasi sebenar mereka dalam usaha memerangi jenayah dan menangkap pesalah.

Ketua Pasukan Wanita Polis Dubai, Leftenan Latifa Al Salman berkongsi keterujaannya mengenai peningkatan prestasi ketara dalam kalangan pasukan lelaki dan wanita yang bertanding.

Al Salman berkata, mereka merupakan pasukan wanita pertama bertanding bersama lelaki pada edisi keempat cabaran tersebut.

"Kami bangga dengan penyertaan pasukan wanita tempatan dan antarabangsa dalam edisi tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

China Emerge Champions of the UAE SWAT Challenge 2025

UAE SWAT Challenge 2025 menyaksikan pasukan Polis China B meraih gelaran juara. — Agensi

Beliau turut mengimbas pencapaian luar biasa pasukannya yang berjaya menduduki tempat ke-10 dalam kalangan 55 pasukan lelaki pada penyertaan pertama mereka.

Jelas Al Salman, peningkatan penyertaan pasukan wanita daripada pelbagai negara setiap tahun menandakan kejayaan global cabaran itu.

“Penyertaan pasukan wanita juga menunjukkan pemerkasaan golongan ini dalam pelbagai profesion, termasuk peranan mencabar dalam pasukan khas, dengan menonjolkan pencapaian mereka di lapangan dan penglibatan aktif dalam pertandingan global,” ujarnya.

UAE SWAT Challenge 2025 menyaksikan pasukan Polis China B meraih gelaran juara, menduduki tempat pertama dalam carta keseluruhan dengan 480 mata, diikuti Unit Pasukan Khas Sunkar daripada Kazakhstan (470 mata) dan pasukan Polis China C meraih tempat ketiga dengan 457 mata. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram