[VIDEO] 'Pemilik butik umpama iklan bergerak', perlu jaga penampilan, bukan cantik dalam konten saja


  • Bizz
  • Khamis, 13 Feb 2025

Bagi Haliza, pemilik butik bagaikan iklan bergerak dan bilik pameran berjalan. — halizamaysuri

SEBAGAI usahawan, menjaga penampilan diri bukan sekadar aspek kecantikan semata-mata, tetapi ia adalah faktor penting dalam membentuk imej profesional dan memberi impak positif dalam perniagaan.

Bagi pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, beliau tidak hanya fokus pada kejayaan reseller, tetapi berusaha membimbing mereka ke arah kehidupan lebih baik dengan menekankan pentingnya penjagaan penampilan.

Beliau turut menekankan kekemasan dan kebersihan, baik dari segi penampilan diri mahupun persekitaran perniagaan kerana baginya, imej adalah cerminan sesebuah perniagaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Hantaran premium kreativiti Shajaratul Dur jadi pilihan istiadat perkahwinan diraja puteri Sultan Pahang, orang kenamaan

BACA LAGI: Pernah jadi pembantu peribadi ahli Parlimen, Nurida Suraya kini galas Ketua Pegawai Operasi di Rizman Ruzaini

"Butik kemas diri terjaga, ini semua memainkan peranan dalam membina jenama yang berjaya.

"Dari dulu saya memang cerewet, sebab itulah sya dipanggil 'mak'.

"Walaupun datang rumah sekadar minum petang, jika pakaian tak kemas, muka pucat tanpa secalit mekap, memang saya akan bising! Penampilan penting bukan untuk orang lain, tapi buat keyakinan diri sendiri," katanya menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Ujarnya, amalan itu yang diterapkan sepanjang 27 tahun bergelar usahawan.

Beliau menambah, menjaga penampilan bukan hanya ketika berjumpa pelanggan di butik, tetapi juga saat menjalankan aktiviti seperti membuat siaran langsung atau hantaran di media sosial.

Bagi Haliza, pemilik butik bagaikan iklan bergerak dan bilik pameran berjalan.

Snapinst.app_471324758_18382381765102168_7692498192715615613_n_1080

Haliza berkata, penampilan dan keyakinan adalah langkah pertama membina jenama yang kukuh dan dipercayai. — halizamaysuri

"Di mana sahaja pergi, kita bawa imej perniagaan. Kalau diri sendiri tak tunjukkan penampilan kemas dan menarik, macam mana orang nak percaya dengan jenama?

"Tudung pula produk yang dipakai dan junjung atas kepala. Bila jumpa pelanggan, benda pertama yang mereka tengok adalah tudung dan wajah. Kita adalah duta kepada produk sendiri," jelasnya.

Beliau dalam pada itu menjelaskan, untuk berjaya dalam perniagaan, perlu bermula dengan diri sendiri.

Pesannya agar usahawan di luar sana senantiasa menjaga imej, penampilan dan keyakinan kerana itu adalah langkah pertama membina jenama yang kukuh dan dipercayai.

"Apabila kita jaga diri, kita sebenarnya sedang menjaga perniagaan sendiri," tuturnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram