
SAAT Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim aktif berkongsi momen lawatan rasmi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini, kebanyakan mata rakyat Malaysia tertancap pada susuk wanita cantik dan manis berhijab dalam satu hantaran di media sosial.
Wanita dimaksudkan ialah penasihat dan penterjemah Erdogan, Dr. Fatima Gulhan Abushanab.
Beliau merupakan pemegang ijazah dalam bidang perhubungan antarabangsa daripada Universiti George Mason.
Pada masa sama, mendalami ijazah lanjutan dalam bidang Perhubungan Muslim-Kristian pengajian liberal di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Ankara Yildirim Beyazit.
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi mandi tasik di Kempas, ibu menangis sayu lihat jasad anak lemas diusung keluar
Erdogan (empat dari kiri) ketika mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
Turut dikenali sebagai Kavakci, Fatima atau Asma dalam kalangan teman-temannya, pensyarah di Jabatan Hubungan Antarabangsa, Universiti Ankara Yıldırım Beyazıt tersebut memiliki darah campuran Palestin dan Turkiye.
Tidak hanya bertindak selaku penterjemah menemani Presiden Turkiye menemui tokoh politik ternama dunia sejak 2021, beliau juga merupakan salah seorang penasihat senior dalam pentadbiran Erdogan.
Sebagai penterjemah utama kepada Erdogan, Fatima sering dilantik untuk hadir di pelbagai forum dunia dan mesyuarat rahsia dengan pemimpin-pemimpin global.
Beberapa momen penting termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan; Kanselor Jerman ke-43, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, memperlihatkan peranan beliau dalam menghubungkan dunia luar dengan Turkiye.
Sepanjang pengajiannya di Washington D.C, wanita yang memiliki raut wajah manis itu sempat menimba ilmu sebagai pembantu penyelidik dalam pelbagai pertubuhan termasuklah Pertubuhan Beckettfund untuk kebebasan beragama.
Kemahiran Fatima dalam menguasai beberapa bahasa termasuk Turki, Bahasa Inggeris dan Arab menjadikannya aset berharga dalam diplomasi Turkiye.
Beliau juga difahamkan pernah terlibat menjadi antara pemikir utama di Pusat Antarabangsa Woodrow Wilson untuk para sarjana.
Sempat menimba pengalaman bekerja di Kongres AS, kemahiran Fatima menguasai beberapa bahasa termasuk Turki, Bahasa Inggeris dan Arab menjadikannya aset berharga dalam diplomasi Turkiye.
Bahkan pada 2023, beliau pernah menulis sebuah buku berjudul A Muslim Realist: Strategies, Methods and Approaches from Turkiye's Experience yang membincangkan perubahan peranan Turkiye dalam politik global masa kini.
Fatima (kiri) merupakan salah seorang penasihat senior dalam pentadbiran Presiden Erdogan.
Fatima bukan sahaja dikenali dengan kepakarannya dalam bidang diplomasi, tetapi juga memiliki latar belakang keluarga yang istimewa.
Bapa beliau, Ali Ahmad Ghulam Abushanab berasal dari Palestin, sementara ibunya, Profesor Dr. Merve Safa Kavakci, merupakan tokoh Muslimah terkemuka dari Turkiye.
Merve atau sebutan sebenar namanya, Marwah (merujuk kepada Bukit Safa dan Marwah di Makkah) merupakan graduan daripada Universiti Harvard dan pernah menjadi profesor di Universiti George Washington.
Merve pernah dinobatkan sebagai The World's 500 Most Influential Muslims dan dikenali sebagai wanita pertama berhijab di Parlimen Turkiye.
Beliau ketika itu pernah diusir dari parlimen oleh kumpulan sekular kerana mengenakan hijab, menjadikannya simbol perlawanan diskriminasi terhadap wanita Islam berhijab.
Ibu Fatima, Merve dikenali sebagai wanita pertama berhijab di Parlimen Turkiye.
Menariknya, Merve merupakan sahabat karib kepada keluarga Anwar dan pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Turkiye ke Malaysia dari 2017 hingga 2022.
Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dikenali sebagai hafizah Al-Quran seperti ayahnya, Imam Yusuf Ziya Kavakc. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram