[VIDEO] Tragedi mandi tasik di Kempas, ibu menangis sayu lihat jasad anak lemas diusung keluar


  • 112
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Mayat remaja yang lemas di tasik dekat loji berhampiran PPR Permai, Jalan Denai 12 ditemukan pada pukul 7.35 malam Jumaat.

KEGEMBIRAAN sekumpulan remaja bermandi-manda di tasik dekat loji berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai, Jalan Denai 12 dekat Kempas, Johor bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas pada Jumaat.

Difahamkan, mayat remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditemukan pada pukul 7.35 malam Jumaat selepas lebih sejam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Mohd Yazid Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6 petang daripada orang awam.

BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita berulat ditemukan tidak berpakaian lengkap, polis Shah Alam klasifikasi kes mati mengejut

BACA LAGI: [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak

"Sebanyak seramai sembilan anggota bomba kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati seorang mangsa lemas dan ditemukan pukul 7.35 malam," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi ditamatkan pada 8.10 malam.

Terdahulu, tular di laman media sosial memaparkan mayat mangsa yang lemas ditemui oleh sepasukan anggota bomba.

Turut kedengaran suara seorang wanita dipercayai ibu mangsa menangis sayu melihat jasad anaknya diusung keluar daripada lokasi kejadian dan ditenangkan orang ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram