Elrah Exclusive saran rakan niaga hentikan penggunaan sampin Pakistan dan India serta-merta


  • Bizz
  • Rabu, 12 Feb 2025

Elrah Exclusive menawarkan sampin instant dan sulam berkualiti tinggi yang dijamin selamat digunakan tanpa memberi kesan negatif kepada pakaian pelanggan. — Instagram/elrahexclusive

JENAMA pakaian yang terkenal dengan fesyen baju Melayu, Elrah Exclusive menyarankan supaya rakan niaga menghentikan serta-merta penggunaan sampin Pakistan dan India dalam produknya.

Pengasas jenama berkenaan, El Azman memaklumkan, produk tersebut bukan keluaran rasmi Elrah Exclusive dan didapati berpotensi menyebabkan kerosakan pada pakaian pelanggan.

Menurutnya, sehubungan itu, syarikat telah membuat ketetapan untuk tidak lagi membenarkan penjualan pakaian Elrah bersama atau sebagai sebahagian daripada pakej yang mengandungi sampin berkenaan.

BACA LAGI: Masih sempat melaram, antara baju raya pilihan wanita bertandang rumah terbuka Aidilfitri

BACA LAGI: Ambil ilham suasana KL 1935, jurutera ini mula inisiatif berbasikal ke tarawih

"Dalam hal ini, pihak syarikat ingin menegaskan bahawa HQ Elrah Exclusive tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian berpunca daripada penggunaan sampin Pakistan dan sampin India kerana produk tersebut bukan sebahagian daripada rangkaian produk rasmi kami.

"Sebagai langkah penyelesaian, Elrah Exclusive menawarkan sampin instant dan sulam berkualiti tinggi yang dijamin selamat digunakan tanpa memberi kesan negatif kepada pakaian pelanggan.

"Produk ini dihasilkan dengan teliti menggunakan bahan premium, selaras komitmen kami dalam mengekalkan standard kualiti terbaik dan kepuasan pelanggan yang berterusan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau dalam pada itu turut menyuarakan penghargaan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan pelanggan dan rakan niaga terhadap jenama tersebut.

"Kami berharap hubungan strategik ini terus terjalin dan kami kekal komited dalam menyediakan produk serta perkhidmatan memenuhi standard tertinggi dalam industri," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram