![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/12/3158202.jpg)
RAMADAN bakal tiba tidak lama lagi, maka semakin banyak jenama-jenama fesyen tempatan mula membuat pementasan koleksi Raya terbaharu mereka.
Thalia, satu jenama tempatan yang diasaskan oleh Qay Rahman dan Firdaus A. Kamal merupakan label fesyen yang menggabungkan elemen tradisi bersama inovasi moden. Himpunan raya kali ini menawarkan keanggunan abadi melalui seleksi sedia dipakai (RTW) dan rekaan khas (bespoke).
Diinspirasikan oleh keindahan budaya peranakan yang kaya dengan sejarah dan tradisi, Thalia, menterjemahkan subjek berkenaan dengan sentuhan minimalis kontemporari melalui koleksi eksklusif Dayah Bakar x Thalia.
Acara yang berlangsung pada 8 Februari 2025 di Ruema Cafe dan Event Space, Cheras, telah dihadiri oleh ramai bintang ternama termasuk barisan pempengaruh popular.
Koleksi itu memaparkan elemen floral dalam tona lembut yang elegan dengan gaya potongan kebaya yang feminin. Sesuai digayakan oleh wanita dari setiap peringkat umur, helaian Dayah Bakar x Thalia tidak hanya menarik digayakan sewaktu musim lebaran tetapi juga praktikal untuk dipakai pada hari biasa.
Bagi pereka di sebalik jenama ini, rekaan yang baik seharusnya setanding dengan keunikan dan kualiti tanpa kompromi.
Walaupun acara pelancaran itu diadakan secara sederhana, ia dimeriahkan oleh kehadiran pempengaruh dan artis terkenal seperti Vanidah Imran, Heliza Helmi, Aisha Retno, Wany Hasrita, Ain Edruce dan ramai lagi.
Nadeera Zaini hadir menghiburkan para tetamu di Ruema Cafe & Event Space, Cheras
Pelancaran koleksi ini juga dimeriahkan dengan sesi nyanyian oleh Nadeera Zaini, finalis AJL 39 yang membawa lagu Ketipang Payung dan Bukan Lagi Kita.
Antara design baju Dayah Bakar x THALIA
Dengan 10 design eksklusif, setiap satu hadir dalam dua warna berbeza. Kolaborasi ini menggabungkan 'identiti' Dayah yang disulami dengan nilai estetika jenama Thalia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram