Pakar kongsi 8 langkah pastikan tidur bayi lebih selamat, kurangkan risiko SIDS


  • Massa
  • Rabu, 12 Feb 2025

SIDS melibatkan bayi yang sihat meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab jelas. — Gambar hiasan

BAGI golongan dewasa, punca kematian dalam tidur lazimnya dikaitkan dengan masalah pernafasan, serangan jantung (myocardial infarction), faktor usia dan penyakit kronik lain.

Berbeza bagi bayi, kematian semasa tidur atau dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) melibatkan bayi yang sihat meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab jelas.

Pakar pediatrik, Dr Ding Chin Hong berkata, SIDS menjadi salah satu punca utama kematian bayi berumur 12 bulan ke bawah.

BACA LAGI: Perginya Jumaat yang mulia, Roslan Saleh meninggal dunia dalam tidur pada usia 69 tahun

BACA LAGI: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia

WhatsApp Image 2025-02-12 at 14.58.04

Dr Ding Chin Hong berkata, bayi menghabiskan satu pertiga daripada masa mereka untuk tidur

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh termasuk sejarah perubatan dan bedah siasat akan dilakukan untuk mengecualikan kemungkinan penyakit jantung atau masalah pernafasan.

"Sebanyak 80 peratus kes SIDS berlaku pada bayi berumur kurang empat bulan, dengan kebanyakan kes terjadi ke atas bayi berusia dua hingga tiga bulan.

"Secara umum, SIDS berlaku apabila bayi tidur dalam keadaan berisiko tinggi.

"Faktor seperti permukaan tidur yang lembut, posisi tidur salah atau pemakaian pakaian tidak sesuai juga boleh menyumbang pada kejadian ini.

"Oleh itu, penjagaan yang betul semasa bayi tidur adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko SIDS," katanya kepada Majoriti.

Namun jelas beliau, dalam 20 tahun kebelakangan ini, kes melibatkan SIDS telah menurun secara mendadak sebanyak 50 peratus.

"Ini adalah hasil daripada kesedaran yang semakin meningkat dan pengamalan langkah-langkah keselamatan tidur bayi.

"Salah satu program utama yang berjaya mengurangkan kejadian SIDS adalah kempen Safe to Sleep," ujarnya.

sids2

Ibu bapa perlu mengurangkan penggunaan bedung selepas umur tiga bulan.

Mengulas lanjut, Dr Chin Hong berkata, bayi menghabiskan satu pertiga daripada masa mereka untuk tidur dan banyak kes SIDS dapat dielakkan dengan mempraktikkan langkah-langkah keselamatan tidur.

Berikut adalah lapan langkah utama yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan tidur bayi lebih selamat:

1. Permukaan tidur mesti mendatar dan tidak terlalu lembut

2. Tidak menutup bayi dari bahagian leher ke atas

3. Kurangkan penggunaan bedung selepas umur tiga bulan

4. Tidur dalam bilik sama untuk minimum enam bulan dan elakkan tidur atas katil sama (co-sleeping)

5. Mainan lembut (soft toy) dan bedding lembut (crib bumper) tidak digalakkan

6. Mengamalkan susu badan secara eksklusif untuk enam bulan ke atas

7. Mengelakkan rokok tembakau sebelum dan selepas bersalin

Bagaimanapun pemantauan monitor untuk bayi berhenti nafas sewaktu tidur (sleep anoea monitor) masih dalam proses kajian dan belum dicadangkan oleh pakar pediatrik.

Woman performing CPR on baby training doll with one hand compression. First Aid Training - Cardiopulmonary resuscitation. First aid course on cpr dummy.

Mulakan bantuan pernafasan kecemasan sekiranya si kecil berhenti bernafas semasa tidur.

Sekiranya si kecil berhenti bernafas semasa tidur dan kelihatan lembik (flaccid) serta kulitnya menjadi kebiruan atau pucat, ibu bapa perlu bertindak segera.

Berikut adalah langkah-langkah kecemasan yang perlu diambil:

1) Jangan panik – Segera panggil pasangan atau sesiapa yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan

2) Stimulasi bayi – Gosok tapak kaki atau belakang badan bayi untuk merangsang pernafasannya

3) Periksa mulut bayi – Jika terdapat susu di dalam mulut, tepuk belakangnya untuk memastikan saluran pernafasan tidak tersumbat

4) Mulakan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) – Jika langkah-langkah di atas tidak memberi hasil, teruskan dengan CPR sehingga bantuan perubatan tiba

Namun untuk penyakit kronik yang serius, anda perlu belajar langkah CPR yang betul daripada doktor atau pakar pediatrik.

Selain itu, penjagaan khusus juga perlu diberikan kepada bayi berisiko tinggi, termasuk bayi pramatang atau bayi yang dilahirkan dengan berat badan rendah.

Ibu bapa perlu sentiasa berwaspada dan mematuhi langkah-langkah keselamatan tidur yang disarankan untuk mengelakkan risiko SIDS. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram