[VIDEO] Mayat wanita berulat ditemukan tidak berpakaian lengkap, polis Shah Alam klasifikasi kes mati mengejut


  • 112
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Penuduk di kawasan Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya dekat Shah Alam digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita pada Jumaat.

PENDUDUK di kawasan Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya dekat Shah Alam, Selangor digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita pada Jumaat.

Lebih mengerikan lagi, mayat tersebut dijumpai dalam keadaan berulat di dalam longkang besar berhampiran kawasan perumahan berkenaan.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan warga maya, mayat tersebut dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh orang awam yang melalui lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak

BACA LAGI: [VIDEO] Atok, nenek dan cucu dibunuh sebelum rumah dibakar, polis Muar kesan Azman

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu daripada orang awam pada pukul 6.30 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati mayat itu adalah seorang wanita namun identitinya belum dapat dikenal pasti.

"Siasatan juga mendapati, keadaan mayat ketika dijumpai hanya berpakaian baju dan seluar dalam serta sudah berulat.

"Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ke atas mayat berkenaan tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematiannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, mayat dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat pada Sabtu bagi mengenal pasti punca kematian.

"Siasatan diklasifikasikan kes mati mengejut.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram