Perginya Jumaat yang mulia, Roslan Saleh meninggal dunia dalam tidur pada usia 69 tahun


  • Hiburan
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Allayarham Roslan Saleh menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur di rumahnya di Masjid Tanah, Melaka pada Jumaat.

PELAKON veteran, Roslan Saleh, 69, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Masjid Tanah, Melaka kira-kira pukul 7 pagi Jumaat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Isterinya, Zainun Majid berkata, arwah menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah rendah sejak lima tahun lalu.

Katanya, arwah meninggal dunia dalam tidur juga sering keluar masuk hospital disebabkan penyakit itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Pelakon otai Roslan Saleh kini buta akibat kencing manis, isteri terpaksa jual daging dendeng demi sesuap nasi

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Syukur ALLAH masih sayang’, rider ralit tengok pesanan di telefon nyaris dirempuh kereta dekat simpang Bukit Setongkol

2981820

Keadaan Allayarham yang semakin uzur sebelum meninggal dunia pada Jumaat.

"Malam tadi, kira-kira pukul 10 malam, dia memanggil saya 'yang' (sayang). Itulah kali terakhir dia bercakap dengan saya. Saya bertanya sama ada dia mahu minum, tetapi dia berdiam diri," katanya.

Jenazah akan dibawa ke masjid untuk disolatkan pukul 12 tengah hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang selepas solat Jumaat.

Allayarham juga meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.

Sebelum ini, kesihatan arwah dilaporkan semakin merosot akibat penyakit diabetes kronik sehingga hanya mampu terlantar di katil pesakit.

Roslan atau lebih dikenali sebagai Pak Lan juga mula kehilangan penglihatan sejak Mei 2022 disebabkan penyakit kencing manis.

Untuk rekod, Roslan banyak membintangi drama dan filem popular antaranya, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan sepanjang lebih 30 tahun bergelar pelakon. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram