Status legenda di Liverpool sudah dimiliki, tiba masanya angkat Mohamed Salah jadi GOAT EPL


  • Podium
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Legasi Salah di Liverpool boleh mengangkatnya sebagai salah seorang GOAT di EPL. — Facebook/Liverpool

NAMA Mohamed Salah pastinya dikenali oleh peminat bola sepak seluruh dunia. Aksinya di bahagian sayap untuk Liverpool sentiasa memukau dan menghasilkan banyak gol.

Legasinya di Anfield sudah pun terpateri. Jika dia benar-benar tinggalkan The Reds pada akhir musim 2024/2025, pastinya Salah akan pergi sebagai legenda kelab.

Status sebagai legenda Liverpool sudah jelas kepunyaannya. Mungkin sudah tiba masa untuk letakkan dia dalam kalangan GOAT (Greatest of All Time) di peringkat Liga Perdana Inggeris (EPL) pula.

BACA LAGI: Lepas hilang Neymar, Al-Hilal sasar sambar Salah dari Liverpool

BACA LAGI: [VIDEO] Curtis Jones minta maaf, tiru gaya keraian Salah lepas anggap Hazard pemain lebih baik

Konsisten sejak kembali

Liverpool bukanlah kelab pertama Salah di England. Di awal kariernya, pemain antarabangsa Mesir itu menyertai Chelsea sezaman dengan bintang Manchester City, Kevin de Bryune.

Namun begitu, masanya di Chelsea tidak begitu menjadi hingga dia terpaksa ke Itali mencari potensinya yang hilang dan berjaya mendapatkannya semula selepas menyertai Fiorentina dan AS Roma.

skysports-mohamed-salah-roma-kit_3980276

Penghijrahan Salah ke Itali menjadikannya pemain lebih baik. — Agensi

Kembali ke England bersama Liverpool pada 2017, dia tiba dengan label sebagai flop, namun Salah versi The Reds lebih baik berbanding di Chelsea.

Dia terus konsisten menghasilkan persembahan cemerlang di Liverpool dengan persembahan hebat dari musim pertamanya di Anfield hingga sekarang.

Rekod G/A cemerlang

Kecemerlangan Salah di padang terbukti jelas dengan persembahan baiknya dalam menggegar gawang lawan baik di peringkat domestik atau Eropah.

Sejak menyertai Liverpool, Salah dikenali sebagai penjaring gol yang tajam. Selain itu, dia turut menghasilkan banyak bantuan gol buat rakan sepasukan.

476001616_1194893005338862_6528065555774056704_n

Salah (kanan) boleh memecahkan rekod G/A musim pertamanya pada musim ini. — Facebook/Liverpool

Malah rekod gabungan goal/assist (GA) sepanjang di Liverpool tidak pernah kurang daripada 30 dengan bilang tertinggi pernah dicapainya pada musim pertamanya iaitu 42.

Dengan Salah sudah mencapai 34 GA pada separuh musim ini, tidak terkejut sekiranya dia mampu memecahkan rekod musim pertamanya itu.

Cuma perlu ada pada waktu tepat

Musim ini, dapat dilihat pengaruh Salah di padang kelihatan lebih kecil berbanding selalunya walaupun dia adalah sebahagian daripada penggempur utama.

Walaupun ada masanya dia kelihatan 'hilang', namun Salah sering ada pada waktu tepat untuk menghukum lawan terutamanya ketika situasi serangan balasan pantas.

474911093_1184898949671601_5164043946876466596_n

Salah (tengah) sentiasa ada tepat pada waktunya. — Facebook/Liverpool

Dia tidak perlu ada sepanjang masa dan menjadi tumpuan lawan, cukup sekadar berada pada waktu yang tepat untuk meninggalkan impak.

Dengan menjangkau lapan tahun mempamer kecemerlangan di Liverpool, ia adalah waktu yang tepat untuk menamakan Salah sebagai salah seorang GOAT di EPL. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram