[VIDEO] ‘Syukur ALLAH masih sayang’, rider ralit tengok pesanan di telefon nyaris dirempuh kereta dekat simpang Bukit Setongkol


  • Tular
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan detik-detik penunggang p-hailing (kanan) hampir dirempuh kereta terbabit.

SEORANG penunggang p-hailing berdepan detik cemas apabila hampir dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan Jalan Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang pada Khamis.

Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, kereta terbabit pada awalnya dilihat berada di lorong bertentangan sebelum terbabas.

Kereta tersebut bagaimanapun sempat merempuh sebuah kenderaan yang berada di sebelah penunggang tersebut.

BACA LAGI: Sempat tarik keluar sebelum api merebak, pengawal keselamatan selamatkan juruterbang nahas helikopter Bentong

BACA LAGI: [VIDEO] Tak peduli nyawa, bakar mercun bunga api tengah jalan raya ancam keselamatan orang lain

Dalam video sama, penunggang tersebut dikatakan sedang ralit melihat telefon pintarnya di atas motosikal memeriksa pesanan sebelum menyedari kejadian itu.

Selepas rempuhan berlaku, lelaki warga emas berbaju biru yang juga pemandu kereta berkenaan dilihat keluar dalam keadaan terpinga-pinga sambil melihat situasi di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, rata-rata warganet menzahirkan rasa syukur melihat situasi penunggang yang terselamat daripada dilanggar.

"Syukur ALLAH masih sayang, panjang umur. Kalau tak dah pindah alam melambung, " komen Ir eFej.

"Kalau kena abang itu parah juga. Nampak dia sempat gerak bahu sebab terkejut," tambah Aisy carrier.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan ketika kejadian setakat ini.

Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram