[VIDEO] Pelakon otai Roslan Saleh kini buta akibat kencing manis, isteri terpaksa jual daging dendeng demi sesuap nasi


  • Hiburan
  • Khamis, 24 Okt 2024

Pelakon Roslan Saleh kini semakin uzur dan isterinya terpaksa menjual produk daging dendeng demi menampung kewangan keluarga.

PELAKON veteran tanah air, Roslan Saleh, 67, kini semakin uzur dan hilang sumber pendapatan selepas matanya buta akibat penyakit kencing manis.

Kekurangan itu sekali gus telah membataskan bakat lakonannya yang kini hanya mampu terlantar di katil pesakit.

Kehilangan sumber pendapatan, isterinya, Zainun Majid, 60, kini menjalankan perniagaan daging dendeng dan sambal lado bagi menampung kewangan keluarganya.

BACA LAGI: SIAR: 'Nak pesan mata awak', selain Janji Diana, watak Azroy dalam Gila Gila Remaja masih digelar ikonik filem permotoran retro

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

Turut dibantu seorang ustaz, keadaan terkini pelakon itu dikongsikan di laman TikTok pada Khamis.

Terdahulu, Roslan atau lebih dikenali sebagai Pak Lan mula kehilangan penglihatan sejak Mei 2022 disebabkan penyakit kencing manis.

Kakinya sebelum ini dilaporkan mengalami lecuran dan membengkak sehingga menyukarkan pelakon itu untuk berjalan.

Kini, keadaannya semakin uzur dan ustaz Taufik merupakan antara individu yang kerap tampil memberikan bantuan selain menjalankan ikhtiar merawat penyakit dihidapi pelakon tersebut.

Lebih 30 tahun bergelar pelakon, Roslan sebelum ini banyak membintangi drama dan filem popular antaranya, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram