Gala fesyen ekstravaganza Sabyasachi, rai ulang tahun ke-25, Alia Bhatt dan Sonam Kapoor antara bintang ternama curi 'spotlight'


  • Relaks
  • Khamis, 06 Feb 2025

Sabyasachi (tengah) menganjurkan pertunjukan penuh ekstravaganza penuh gemilang sempena meraikan ulang tahun ke-25 dalam industri fesyen. — Agensi

PEREKA fesyen tersohor India, Sabyasachi Mukherjee menganjurkan pertunjukan penuh ekstravaganza di Pusat Konvensyen Jio World, Mumbai sempena meraikan ulang tahun ke-25 dalam industri fesyen.

Acara gilang-gemilang itu menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh berpengaruh daripada dunia perniagaan, fesyen dan perfileman India bersama-sama memberikan penghormatan kepada perjalanan cemerlang beliau dalam industri.

Memperagakan 157 busana, pentas peragaan dimulakan dengan pelakon, Deepika Padukone mengatur langkah dalam persalinan serba putih dan sarung tangan hitam.

BACA LAGI: Adzliana enggan 'goyang kaki' kerana bisnes bapa, sentiasa bermurah hati kongsi ilmu perniagaan dengan usahawan wanita

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Untitled design (82)

Sonam Kapoor (kiri) dan Alia Bhatt antara nama besar hadir memberi sokongan pada pertunjukan fesyen tersebut.

Barisan hadapan pertunjukan fesyen tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran personaliti tersohor seperti Kokilaben Ambani, Rajashree Birla dan Ananya Birla, Anuradha dan Anand Mahindra, Alia Bhatt dan Sonam Kapoor.

Kesemuanya memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan terhadap kemahiran luar biasa dan kehalusan seni reka Sabyasachi yang dipersembahkan di pentas peragaan.

Bintang utama pada malam itu, Kokilaben, tampil memperagakan sari kuning mentega dihiasi sulaman perak dan motif bunga.

WhatsApp Image 2025-02-05 at 16.09.48

Kokilaben hadir dalam persalinan sari warna kuning mentega dihiasi sulaman perak dan motif bunga. Agensi

Beliau turut memadankan penampilannya dengan jaket panjang hitam berbutang permata yang menambahkan lagi elemen sofistikasi.

Kokilaben ditemani anak perempuannya, Deepti yang turut menyaksikan detik bersejarah dalam dunia fesyen India itu.

Acara berkenaan bukan sahaja meraikan kejayaan Sabyasachi Mukherjee sebagai pereka fesyen berkelas dunia, tetapi juga menegaskan lagi pengaruhnya dalam membentuk landskap fesyen India sepanjang lebih dua dekad lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram