Aras eksekutif dengan kamar mewah, khas untuk pengembara wanita di The Saujana Hotel Kuala Lumpur


  • Relaks
  • Selasa, 04 Feb 2025

SEIRING perubahan gaya hidup yang semakin moden, The Saujana Hotel Kuala Lumpur mengambil inisiatif memperkenalkan Ladies' Executive Floor, sebuah ruang eksklusif yang direka khas untuk memenuhi keperluan pengembara wanita.

Menawarkan gabungan keanggunan, keselesaan dan kesejahteraan, aras tersebut menjanjikan pengalaman penginapan mewah yang tiada tandingan.

Terletak dalam persekitaran hijau menenangkan, Ladies' Executive Floor menjadi destinasi ideal bagi wanita yang mencari ketenangan dan kemewahan.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Ladies Executive Room (Bedroom)

Ladies' Executive Floor direka khas untuk memenuhi keperluan wanita moden. — The Saujana Hotel Kuala Lumpur

Pengurus Besar The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Jasmine Ong Li berkata, dengan reka bentuk dalaman yang teliti selain kemudahan eksklusif, setiap perincian dirancang untuk mencipta suasana penuh menawan.

"Kami begitu teruja memperkenalkan Ladies' Executive Floor yang direka khusus buat memenuhi keperluan wanita moden.

"Kami memahami keperluan unik pengembara wanita, yang mana setiap perincian daripada kemudahan hinggalah suasana, memainkan peranan penting.

"Justeru, kami ingin mencipta ruang yang bergaya dan menenangkan bagi membolehkan wanita berehat, menyegarkan diri dan lebih berkeyakinan sepanjang penginapan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ms Jasmine Ong Li (GM)

Jasmine berkata, setiap perincian kamar itu dirancang untuk mencipta suasana penuh menawan. — The Saujana Hotel Kuala Lumpur

Jubah mandi merah jambu

Ujar Jasmine, setiap bilik di Ladies' Executive Floor menawarkan keluasan 78 meter persegi dengan susun atur yang mengutamakan kemewahan dan keselesaan, ditambah bilik tidur dengan katil bersaiz King.

"Hiburan tanpa gangguan juga disediakan menerusi smart TV (televisyen pintar) dengan akses Netflix serta Wi-fi percuma

"Bilik ini turut dilengkapi dengan jubah mandi merah jambu yang mewah, koleh (mug) merah jambu sepadan dan dulang ameniti wanita dengan produk penjagaan diri premium serta keperluan kesihatan," kongsinya.

Beliau menambah, untuk keselesaan tambahan, tetamu dapat menikmati dua almari pakaian terbina dalam serta bilik mandi terbuka yang elegan dengan dua singki, tandas berasingan, pancuran mandi hujan dan tab mandi mewah.

Kata Jasmine, sebagai sebahagian daripada pengalaman eksklusif, setiap bilik juga dilengkapi dengan ciri kesejahteraan yang menenangkan.

Selain itu, tetamu boleh menikmati afternoon tea percuma untuk dua orang, yang disediakan setiap Isnin hingga Sabtu dari pukul 2.30 hingga 5 petang.

Ladies Executive Room (Bathroom) (1)

Bilik tersebut turut dilengkapi dengan jubah mandi merah jambu dan produk penjagaan diri wanita premium. — The Saujana Hotel Kuala Lumpur

Lokasi premium di Club Wing

Bilik-bilik tersebut terletak di Club Wing yang eksklusif, memberikan akses istimewa kepada lounge daftar masuk peribadi.

Kongsi Jasmine lagi, ketibaan tetamu akan disambut secara peribadi dan mereka akan diiringi ke bilik masing-masing bagi memastikan pengalaman yang lebih lancar dan mewah.

Tetamu juga boleh memilih untuk menikmati afternoon tea percuma secara privasi di bilik sendiri, iaitu di Club Lounge atau di restoran Itali terkenal, Senja.

"Ladies' Executive Floor yang boleh dinikmati pada kadar bermula dari RM 720++ setiap malam, menjanjikan pengalaman hospitaliti yang mengutamakan privasi, kemewahan dan kesejahteraan.

"Sama ada untuk perjalanan perniagaan atau percutian santai, ruang eksklusif ini menawarkan penginapan terbaik bagi wanita yang menghargai gaya hidup mewah dan ketenangan mutlak," jelasnya.

Untuk membuat tempahan di Ladies' Executive Floor, pengguna boleh melayari laman sesawang e-mel di [email protected] atau hubungi talian di +603 7843 1234. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram