SYARIKAT penjagaan kulit antarabangsa, Beiersdorf melakar sejarah baharu dalam bidang antipenuaan dengan melancarkan Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline Serum.
Produk inovatif tersebut merupakan hasil penyelidikan epigenetik selama 15 tahun, bertujuan melawan 10 tanda penuaan kulit dan menjadikan pengguna kelihatan lima tahun lebih muda dalam hanya empat minggu.
Penuaan kulit adalah proses kompleks yang dipengaruhi faktor luaran seperti gaya hidup, pemakanan, tekanan dan pendedahan kepada sinaran ultra violet (UV).
Ernie antara rakyat Malaysia pertama mencuba Epicelline Serum keluaran Eucerin.
Melalui kajian mendalam, Beiersdorf membuktikan bahawa epigenetik memainkan peranan utama dalam menentukan keadaan kulit seseorang, sekali gus menafikan kepercayaan bahawa penuaan hanya bergantung faktor genetik.
Sejak 2008, saintis Beiersdorf telah mengkaji lebih 1,000 sampel kulit dan menganalisis 850,000 tapak metilasi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi setiap individu untuk mengenal pasti corak epigenetik berkaitan penuaan kulit.
Hasilnya, syarikat tersebut berjaya menyaring 50,000 bahan aktif dan membangunkan age clock khas untuk kulit yang akhirnya mendapat paten pada 2021.
Majlis pelancaran yang berlangsung penuh eksklusif pada 15 Januari di Kuala Lumpur itu turut diiringi persembahan hebat daripada artis legenda tanah air, Datuk Amy Search dan penyanyi popular, Jaclyn Victor dan Ernie Zakri.
Lebih menarik, Ernie turut diundang menjadi antara rakyat Malaysia pertama mencuba Eucerin Epicelline Serum.
Saintis mengkaji lebih 1,000 sampel kulit bagi setiap individu untuk mengenal pasti corak epigenetik berkaitan penuaan kulit.
Teknologi Age Clock dan Epicelline
Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Korporat Beiersdorf, Dr. Gitta Neufang menjelaskan bahawa age clock yang dipatenkan itu menjadi teknologi penting dalam mengembangkan penyelesaian penjagaan kulit.
“Matlamat kami bukan hanya untuk mengimbangi kekurangan pada sel kulit, tetapi memulihkan sel kulit secara keseluruhan.
"Dengan inovasi ini, kami berusaha memastikan pengguna dapat menikmati kulit lebih muda dan sihat untuk jangka masa lebih lama,” katanya.
Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline Serum mengandungi Epicelline, bahan aktif antipenuaan yang bekerja pada tahap selular untuk mengurangkan kedutan sedia ada dan menghalang pembentukan kedutan baharu.
Pelakon, Siti Saleha (tengah) turut hadir menyaksikan pelancaran Hyaluron-Filler Epicelline Serum di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pengurus Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Christopher Vierhaus berkata, kejayaan tersebut membuka lembaran baharu dalam industri penjagaan kulit.
“Kami mempunyai pengalaman lebih 140 tahun dalam penyelidikan kulit dan kini kami mencapai tahap baharu dalam evolusi penjagaan kulit.
"Dengan penemuan bahan aktif yang mampu melambatkan tanda age clock, kami berusaha menawarkan nilai tambah kepada pengguna agar lebih yakin dengan kulit sendiri,” ujar beliau. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram