'Co-parenting' Sharnaaz, Noor Nabila jadi inspirasi, penceraian bukan halangan Jebat kaya kasih sayang


  • Massa
  • Khamis, 06 Feb 2025

Sharnaaz meluangkan masa bercuti bersama bekas isterinya, Noor Nabila dan anak juga mereka. — Instagram/sharnaazahmad

BENARLAH kata orang, ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi kegembiraan permata hati.

Ia jelas terbukti apabila ramai ibu bapa yang sudah bercerai tetap berusaha menjaga kesejahteraan anak-anak dengan meluangkan masa berkualiti bersama.

Bagi pelakon, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad atau Sharnaaz, tidak menjadi hal luar biasa apabila beliau meluangkan masa bercuti bersama bekas isteri, Noor Nabila dan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

BACA LAGI: 'Hanya padang mahsyar boleh jawab', Aisha Retno sedia kemuka bukti lepas dituntut bayar RM77,000 isu konsert batal

BACA LAGI: ‘Penyanyi sekarang banyak auto tune’, Bandi Amuk kecewa industri tiada kualiti, stesen radio kerap putar lagu asing

Meskipun sudah berpisah, Sharnaaz dan Noor Nabila tetap menjaga hubungan baik demi kebahagiaan cahaya mata mereka.

Terbaharu, melalui perkongsian di media sosial, mereka dilihat menghabiskan masa bercuti di Perancis bersama sekumpulan rakan lain.

Perkongsian itu nyata menarik perhatian banyak pihak yang menginspirasikan kaedah pengasuhan (co-parenting) yang diterapkan Sharnaaz dan Noor Nabila.

Keputusan untuk bercuti bersama itu juga memperlihatkan betapa pentingnya kerjasama dan komunikasi antara ibu bapa dalam memastikan anak-anak berasa dihargai dan disayangi, meskipun dalam situasi perpisahan.

Snapinst.app_471994644_18467360728019650_8440574544918942792_n_1080

Sharnaaz dan Noor Nabila tetap menjaga hubungan baik demi kebahagiaan Jebat Jayden. — Instagram/sharnaazahmad

Berkongsi mengenai situasi tersebut, Pakar Psikologi Klinikal, Dr. Nadzirah Ahmad Basri menegaskan, hubungan baik antara ibu bapa yang telah berpisah sangat penting untuk kesejahteraan mental anak.

Ujarnya, dalam konteks perkembangan psikologi anak, salah satu tanda kesejahteraan mental yang baik adalah kemampuan mereka untuk mengekspresi secara sihat.

"Ibu bapa yang berkomunikasi dengan baik dan dapat menyatakan perasaan dengan jelas, memberi contoh baik kepada anak-anak tentang bagaimana mengendalikan emosi dengan positif.

"Sekiranya ibu bapa dapat berinteraksi dengan baik walaupun sudah berpisah, anak-anak tidak akan kehilangan kasih sayang mereka, walaupun sudah tidak lagi tinggal sebumbung," katanya kepada Majoriti.

Beliau turut menjelaskan, walaupun perpisahan ibu bapa memberi kesan kepada ramai kanak-kanak, namun tidak semua anak terkesan dengan cara yang sama.

WhatsApp Image 2025-02-06 at 11.39.59

Dr. Nadzirah berkata, hubungan baik antara ibu bapa yang berpisah penting untuk kesejahteraan mental anak. — Instagram/sharnaazahmad

Menurutnya, terdapat segelintir anak memiliki daya ketahanan emosi yang tinggi dan mampu mengatasi realiti tersebut dengan baik tanpa menunjukkan tanda-tanda ketegangan ketara.

Justeru itulah pentingnya komunikasi jelas antara ibu bapa yang telah berpisah untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan anak-anak.

"Apabila ibu bapa tidak menjelaskan secara terbuka mengenai perpisahan mereka, anak-anak mungkin berasa keliru.

"Mereka tidak tahu keadaan yang berlaku dan bagaimana untuk memberi respons kepada situasi tersebut," jelas Dr. Nazira.

Mengulas lanjut, beliau menekankan bahawa komunikasi yang baik antara ibu bapa mengenai hak penjagaan dan peranan mereka adalah kunci mengelakkan anak-anak menjadi stres atau terperangkap dalam situasi tidak sihat.

Snapinst.app_448370051_3697500980505230_8393539504837136101_n_1080

Bonding bukan hanya tentang berseronok, tetapi lebih kepada memberi perhatian kepada anak. — Instagram/sharnaazahmad

Katanya, dengan komunikasi baik, ibu bapa dapat membantu anak-anak membesar dengan rasa percaya diri dan kesejahteraan mental yang sihat, walaupun dalam situasi keluarga tidak sempurna.

Selain itu, beliau turut menyarankan ibu bapa agar mencipta aktiviti lebih bermakna bersama anak-anak seperti berbincang mengenai kehidupan, membuat keputusan bersama atau mengajar tentang matlamat hidup.

"Bonding bukan hanya tentang berseronok, tetapi lebih kepada memberi perhatian kepada anak, mendengar cerita mereka dan memberi ruang untuk berkongsi perasaan," ujarnya.

Untuk rekod Sharnaaz dan Noor Nabila berkahwin pada Mac 2017, namun bercerai sekitar Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Jebat Jayden kini berusia tujuh tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram