[VIDEO] Lap meja, basuh pinggan lepas makan, warganet puji cara Ryzal, Maryam didik anak usia 4 tahun berdikari


  • Relaks
  • Rabu, 05 Feb 2025

Ryzal sering berkongsi mengenai perkembangan mereka sekeluarga di media sosial. — Instagram/ryzalibrhm

SEBAGAI ibu bapa, mengajar anak-anak berdikari sejak kecil adalah langkah penting dalam mempersiapkan mereka menghadapi cabaran hidup.

Berdikari bukan sahaja membantu membina keyakinan diri, tetapi juga mengasah kemahiran membuat keputusan dan menguruskan masalah secara tenang.

Selain itu, ia menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap tindakan sendiri dan mengurangkan kebergantungan secara berlebihan kepada orang lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Ryzal Ibrahim, Vida pula dakwa kena 'scam' naik beca di London

BACA LAGI: Jurugambar rakam majlis aspirasi SMK Ayer Molek sayu, tak sangka gambar Faiz Amran tinggal kenangan

@ryzalibrhm

Dah boleh cari rumah sendiri

♬ original sound - Ryzal Ibrahim

Anak-anak yang diberi peluang untuk berdikari sejak kecil lebih mampu menghadap dunia luar dengan lebih baik dan berupaya menguruskan kehidupan sendiri, apabila mereka dewasa kelak.

Sama seperti perkongsian pempengaruh Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae apabila memuat naik satu klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman mereka menerusi aplikasi TikTok pada 31 Januari lalu.

Rakaman berdurasi seminit 36 saat itu memaparkan gelagat anak perempuan mereka, Rina yang dilihat bijak menguruskan diri sendiri di rumah.

Kebiasaannya, pasangan tersebut sering berkongsi aksi lucu Rina, namun kali ini video tersebut menunjukkan perspektif berbeza mengenai kanak-kanak berusia empat tahun itu.

Dalam video berkenaan, Rina yang sedang makan dengan penuh tanggungjawab membersihkan makanan yang tertumpah di atas meja menggunakan tisu dan menolak kerusi ke tempat asal selepas makan.

Snapinst.app_470903647_18479646346042101_5039773353993627343_n_1080

Ryzal sering berkongsi mengenai perkembangan mereka sekeluarga di media sosial. — Instagram/ryzalibrhm

Rina bergaun putih kemudian membawa pinggannya ke dapur untuk dibasuh menggunakan tangga yang diletakkan di dapur tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengagumi tingkah laku ditunjukkan kanak-kanak berkenaan.

Kata seorang pengguna TikTok dengan nama akaun lalisa, tindakan Rina yang membasuh pinggannya sendiri selepas makan sepatutnya dicontohi segelintir golongan dewasa yang sukar melakukan perbuatan itu secara sukarela.

"Lap sisa atas meja? Masukkan kerusi? Cuci pinggan terus lepas makan? Segelintir orang dewasa pun nak kena gaduh untuk buat ini.

"Maryam Ryzal tolonglah beranakkan ramai keturunan bijak dan rajin macam ini," tulisnya.

Snapinst.app_468804699_18475978873042101_4254815307387436903_n_1080

Rata-rata warga maya memuji cara didikan Ryzal (kanan) dan Maryam terhadap anak mereka. — Instagram/ryzalibrhm

Menurut Afiy Aisy pula, tingkah laku itu juga berkemungkinan adalah disebabkan penglibatan seorang dalam membesarkan anaknya.

"Selalu anak bijak macam ini sebab ayahnya terlibat dalam proses pengajaran dan pembesaran anaknya, bukan hanya ibu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram