
MESKI beberapa kali namanya terpalit kontroversi, pempengaruh popular, Leona sentiasa mengambil pendekatan untuk kekal positif.
Mengakui dirinya gemar akan perhatian dan suka tampil di khalayak umum, anak kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman itu sering menjadi bahan 'usikan' warga maya.
BACA LAGI: Buat lawak 'pinjam' Leona, Azhar Sulaiman ajak lelaki sangap bergaduh
Leona enggan mengambil hati atas komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya. — Instagram/kasihirisleona
“Saya memang suka perhatian dan tidak akan menafikannya. Bukan hanya di hadapan kamera, tetapi apabila kami keluar pergi makan juga.
“Pernah satu ketika semasa urusan kerja, setiap restoran yang kami pergi, saya mahu orang tahu hari tersebut adalah hari jadi saya.
"Saya sangat suka dan akan tawarkan diri untuk berada di atas pentas tanpa rasa malu. Saya suka perhatian sama ada ia baik atau buruk,” katanya menerusi satu rakaman audio siar.
Leona atau nama sebenarnya, Kasih Iris Leona, 23, bagaimanapun memberitahu, beliau enggan mengambil hati atas komen-komen negatif dilemparkan kepadanya.
Menurutnya, meskipun ada pihak yang kurang senang dengan personalitinya, beliau hanya fokus melakukan perkara membawa kebaikan kepada diri sendiri.
Leona mula berkongsi kandungan di media sosial ketika PKP. — Instagram/kasihirisleona
Segala kritikan negatif katanya, sama sekali tidak memberi impak terhadap kehidupannya.
“Kalau asyik fikir benda negatif, hidup jadi muram. Jadi saya pilih untuk abaikan semua.
“Mungkin sebab itu saya rasa saya happy-go-lucky, sebab sendiri yang tentukan hidup.
“Saya sedar ada perkara yang boleh mengundang kemarahan dan pahit untuk ditanggung, tetapi saya tetap akan terus menjadi diri sendiri,” katanya yang mula berkongsi kandungan di media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram