![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/03/3149698.jpg)
MENJELANG sambutan Hari Raya Aidilfitri, persiapan pakaian raya sering menjadi kebimbangan utama para isteri dan ibu.
Namun tahun ini, mereka tidak perlu lagi bersusah payah mencari baju Melayu suami dan anak lelaki di pelbagai tempat kerana jenama Bulan Bintang menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung.
Memahami cabaran dihadapi para ibu dan isteri dalam mencari pakaian sedondon, Bulan Bintang menyediakan pelbagai pilihan baju Melayu dengan rekaan eksklusif dan warna-warna menarik, sesuai buat semua peringkat umur.
BACA LAGI: Raya sakan! Dulu tak balik modal, Alhamdulillah kini jadi jutawan setiap kali Aidilfitri
Barisan duta istimewa yang diperkenalkan Bulan Bintang sempena musim perayaan pada tahun ini. — Bulan Bintang
Tidak hanya memfokuskan pada pakaian lelaki, Bulan Bintang turut mengundang pelakon dan pengacara terkenal, Ain Edruce bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa dan anak sulung mereka Soraya sebagai duta bagi koleksi pakaian sedondon sekeluarga.
Selain Ain, pasangan selebriti, Zahirah McWilson dan Aiman Hakim Ridza bersama anak lelaki mereka, Isaac Raees turut bersama memperagakan jenama itu.
Pelantikan mereka sebagai wajah kempen tersebut bertujuan memperkenalkan koleksi eksklusif yang menampilkan rekaan harmoni bagi setiap ahli keluarga, termasuk ibu bapa dan anak-anak.
Kempen kali ini juga menampilkan beberapa selebriti popular sebagai duta antaranya Hannah Delisha, Mimi Lana dan Angeline Tan.
Dalam perkembangan sama, pelancaran aplikasi mudah alih merupakan salah satu daripada 10 teras pembaharuan yang ditampilkan Bulan Bintang bersempena satu dekad penubuhan jenama lokal itu di pasaran.
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, antara ciri menarik yang diperkenalkan dalam aplikasi Bulan Bintang termasuklah fungsi Virtual Try On, yang membolehkan pengguna mencuba variasi warna pakaian secara maya sebelum membuat pembelian.
Menurutnya, bagi mereka yang ingin mencuba demo sebelum membuat keputusan pembelian, aplikasi itu turut menyediakan fungsi Instagram Filter yang membolehkan pengguna mencuba tudung dan baju Melayu secara maya.
"Hanya dengan mengimbas pakaian melalui telefon pintar, pengguna boleh melihat bagaimana rupa pakaian tersebut pada diri mereka.
"Rasa nak pakai warna ungu atau merah, pilih dan tengok (sama ada warna tersebut) sesuai atau tidak dengan diri sendiri," katanya ketika berucap sempena meraikan ulang tahun ke-10 Bulan Bintang yang bertemakan Sedekad Menyinar.
Mimi Lana (kiri) dan Hannah Delisha (kanan) memperagakan koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini. — Bulan Bintang
Kongsi Azzim lagi, dalam usaha meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan, aplikasi Bulan Bintang turut memperkenalkan ciri pemeriksaan stok butik.
Dengan ciri tersebut jelasnya, pelanggan boleh menyemak ketersediaan stok di butik berhampiran tanpa perlu menghubungi butik secara manual.
Dalam perkembangan sama, jenama baju Melayu popular yang cukup sinonim ketika musim perayaan itu juga memperkenalkan selebriti popular, Syafiq Kyle diangkat sebagai duta utama pada tahun ini.
Bulan Bintang turut menampilkan barisan duta istimewa lain seperti Zahiril Adzim, Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan, Sabri Yunus, Johan Ghazali Zulfikar dan Shukri Yahaya.
Selain Syafiq Kyle (kiri) sebagai duta utama, Bulan Bintang turut memperkenalkan aplikasi mudah alih. — Bulan Bintang
Menurut Azzim, sebagai penghargaan kepada pembeli, Bulan Bintang menawarkan pelbagai hadiah menarik hasil kolaborasi korporat bersama jenama-jenama hebat seperti GB Gold yang menawarkan 1 kilogram jongkong emas, tiket penerbangan percuma selama setahun daripada AirAsia dan RM150,000 duit raya daripada Hausboom.
"Selain itu, pembeli juga berpeluang memperoleh pakej haji dan umrah daripada Tabung Haji dan Kahf, 120,000 baucar daripada Tealive dan banyak lagi hadiah menarik yang disumbangkan Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case dan Mokkys Pizza dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10juta," ujar usahawan muda itu.
Menyasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen kali ini, Azzim mengajak orang ramai mendapatkan koleksi raya Sedekad Menyinar Bulan Bintang di 15 butik rasmi Bulan Bintang seluruh negara dan di platform TikTok yang merupakan rakan kerjasama strategik jenama itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram