Jurugambar rakam majlis aspirasi SMK Ayer Molek sayu, tak sangka gambar Faiz Amran tinggal kenangan


  • Massa
  • Selasa, 26 Nov 2024

Muhammad Faiz yang menunggang Yamaha 135LC meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah. — PDRM

BERTUGAS sebagai jurugambar bukanlah tugas mudah dan mencabar. Realitinya, setiap gambar yang mereka ambil mempunyai nilai kenangan yang tersendiri.

Bagi seorang jurugambar, Nazrulhad Hashim tidak pernah menyangka gambar seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Melaka akan menjadi momen terakhir remaja terbabit menerima anugerah pada Sabtu.

Menurut Nazrulhad, remaja berkenaan, Muhammad Faiz Amran meninggal dunia pada Isnin selepas terlibat dalam satu kemalangan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mata tak nampak baru lepas operate', ibu meraung lihat kereta anak remuk kemalangan di Temoh

BACA LAGI: [VIDEO] Kami reda kehilangan Naura, arwah adalah satu-satunya anak tunggal kakak saya — Ayah saudara

"Hari Sabtu (23 November), aku 'cover' Majlis Aspirasi di SMK Ayer Molek di sekolah tersebut yang juga tempat Mierul Hisham mengajar.

"Jadi ambil gambar pelajar, macam budak universiti (terima) skrol atas pentas iaitu lebih kurang 150 lebih pelajar dan gambar majlis berlangsung.

"Semalam (Isnin) malam Mierul Hisham memaklumkan salah seorang pelajar yang aku ambil gambar atas pentas maut kemalangan.

"ALLAHuakhbar, baru beberapa hari dik aku ambil gambar kau dah dijemput Ilahi. Innalillahiwainnailaihirojiun," tulisnya dalam satu hantaran Facebook pada Selasa.

Hantaran Facebook Nazrulhad turut dikongsikan seorang lagi seorang lagi pengguna Facebook Amirul Azman.

"Kenangan terakhir yang akan diabadikan buat tatapan keluarga arwah. Sebak pula lihat gambar ini," tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan Faiz Amran maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tambak Paya-Ayer Molek pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira puku 9 malam itu, Faiz Amran menunggang Yamaha 135LC meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Tambak Paya menuju ke Ayer Molek, manakala Proton Saga dipandu seorang lelaki pekerja swasta dari arah bertentangan.

"Siasatan mendapati, semasa sampai di lokasi kemalangan, penunggang motosikal dipercayai memotong sebuah kenderaan lain.

"Semasa memotong, datang Proton Saga dari arah bertentangan yang gagal mengelak dan membrek lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal parah di bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan, manakala pemandu kereta tidak cedera," katanya pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram