KOTA London sememangnya menjadi destinasi percutian pilihan utama rakyat Malaysia yang berkemampuan kerana keindahan seni bina bersejarah, lokasi ikonik serta suasana bandaraya yang penuh dengan daya tarikan moden.
Selain itu, London turut menawarkan pelbagai pengalaman menarik seperti bersiar-siar di taman-taman indah seperti Hyde Park, menikmati pelbagai pilihan makanan antarabangsa, dan membeli-belah di Oxford Street serta Harrods.
Namun, seperti destinasi pelancongan popular lain, London juga tidak terlepas daripada risiko penipuan pelancong.
BACA LAGI : Badan sudah mula mereput, lelaki ditemui maut dalam kereta mewah di Besut
BACA LAGI : Jurugambar rakam majlis aspirasi SMK Ayer Molek sayu, tak sangka gambar Faiz Amran tinggal kenangan
Oleh itu, adalah penting bagi pelancong untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika menikmati keindahan kota tersebut.
Terbaharu, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mendakwanya dirinya menjadi mangsa penipuan ketika bercuti di London.
Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Khamis memaparkan dirinya menaiki beca untuk bersiar-siar sekitar London.
Walaubagaimanapun, malang menimpa apabila dicaj dengan harga yang terlalu tinggi iaitu sebanyak 235 pound sterling (RM1,322) hanya untuk tempoh bersiar-siar selama 10 hingga 15 minit.
"Hati-hati siapa nak datang London!" tulisnya.
Dalam video tersebut, Datuk Vida turut menerangkan situasi bagaimana dia menjadi mangsa penipuan tersebut dan terpaksa membayar harga yang mahal.
"Sebelum kejadian, nak naik beca di London. Nak pusing-pusing kota London. Tengok apa yang berlaku. Excited (teruja) nak naik. Masa ini happy (gembira) lagi. Dia cakap round (bersiar-siar) dalam 10-15 minit.
"Saya dah pelik kenapa tak ramai orang naik. Selepas semua orang pandang saya naik benda ini. Tengok tak ada orang naik pun.
"Dah sampai nak tahu kena caj berapa? Saya bagi tahu saya student dapat lah diskaun sikit. Tak percaya pula saya ini student. Saya kena caj 235 GBP. Dia main letak saja harga. Takkan harga macam tu. Terkejut dengar harga itu.
"Kalau duit kita RM1,300. Dalam 10 hingga15 minit je pusing. Siapa datang London nak naik beca ni, beringat! Nak naik tanya dulu harga. Patut dalam 200 sahaja," katanya.
Menjengah ke ruangan komen ramai yang menitipkan pesanan agar berhati-hati jika bercuti di London.
Seorang pengguna warga maya, @raturyna memaklumkan kejadian itu pernah terjadi pada seorang lagi pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim pada tahun lalu.
"Ryzal Ibrahim pernah bagi tahu dan menjadi mangsa juga," tulisnya ringkas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram