![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/05/3152952.jpg)
WANITA hamil di New York, Amerika Syarikat (AS) kini berhak mendapat sekurang-kurangnya 20 jam cuti bergaji untuk menghadiri janji temu perubatan pranatal, menurut undang-undang baharu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025.
Gabenor Kathy Hochul mengumumkan bahawa New York menjadi negeri pertama di AS yang menawarkan cuti bergaji untuk penjagaan pranatal, sebagai langkah penting untuk menyokong kesejahteraan ibu mengandung.
Semua pekerja hamil dalam sektor swasta layak mendapat cuti bergaji tersebut, yang boleh digunakan untuk menghadiri pelbagai janji temu perubatan berkaitan kehamilan seperti pemeriksaan fizikal, penjagaan hujung kehamilan dan rawatan kesuburan.
BACA LAGI: Berhari-hari sembunyikan mayat, penganggur didakwa tumbuk muka makcik sampai maut di Ipoh
Kathy Hochul
Hochul menekankan bahawa inisiatif itu diperkenalkan dalam sesi perundangan negeri yang lalu dengan matlamat mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi di New York.
"Tiada wanita hamil di New York yang patut dipaksa memilih antara gaji dan pemeriksaan perubatan.
"Sebab itulah saya berusaha mewujudkan polisi cuti pranatal bergaji pertama di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pelaksanaan polisi tersebut, majikan dilarang meminta maklumat perubatan apabila pekerja meminta cuti pranatal bergaji.
Langkah tersebut diharap memberikan sokongan lebih baik kepada wanita hamil di New York.
Polisi itu juga berasingan daripada cuti sakit bergaji yang ditawarkan oleh majikan.
Namun, pasangan kepada wanita hamil tidak layak menerima cuti pranatal berkenaan.
Langkah tersebut diharap dapat memberikan sokongan lebih baik kepada wanita hamil di New York, di samping membantu meningkatkan akses pada penjagaan kesihatan yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram