[VIDEO] Demi pastikan si bulus muncul juara dunia, 'bibik' tak kisah berhabis wang ke Norway dan Amsterdam


  • Hobi
  • Ahad, 10 Nov 2024

Aireen Batrisyia (kiri), Rooaida (tengah) bersama suaminya (kanan) merupakan pemilik kepada Baby.

SIAPA sangka seekor kucing dari Malaysia mampu merangkul juara dunia dalam pertandingan FIFe World Winner Show 2024 yang diadakan di Norway pada Ahad.

Sebagai 'bibik' (pemilik) kucing, Rooaida Mohd Darus berasa bersyukur apabila kucing yang dijaganya sejak 2015, Baby mampu memperoleh gelaran itu sekaligus mengetepikan lebih 1500 kucing lain yang bertanding dalam acara itu.

Rooaida berkata, dia menghantar dua kucingnya sebagai penyertaan bagi pertandingan bertaraf dunia itu kerana sudah mengenalpasti kebolehan kucing-kucing yang dijaganya itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Pendakian awal pagi sajikan kejutan, 'hikers' kongsi jumpa 'makhluk' jarang jumpa

BACA LAGI: Dari hobi ke pendapatan, gadis Kedah popular di UiTM kerana bijak cipta ilustrasi guna elemen nusantara

6152153688307777673

Baby merangkul juara dunia dalam pertandingan FIFe World Winner Show 2024.

"Saya hantar seekor kucing betina dan seekor kucing jantan. Kucing betina itu bernama Baby dan kucing jantan bernama Miko.

"Dua-dua pun terpilih untuk ke final stage world winner tetapi Baby menang tempat pertama," katanya kepada Majoriti.

Sebagai seorang yang berjiwa penyayang, Rooaida tidak sekadar menjadikan pemeliharaan kucing sebagai rutin biasa.

Dia menjadikan si bulus itu sebahagian daripada hidupnya iaitu bersama sewaktu makan, tidur dan kini menjadi 'keluarga besar' baginya.

"Memang saya suka memelihara kucing sejak kecil. Saya makan dan tidur pun dengan kucing. Suami dan anak-anak pun suka kucing.

"Sewaktu saya bersekolah dahulu di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan pun saya sering memberi kucing jalanan makan ketika waktu rehat.

"Cumanya dahulu belum didedahkan lagi dengan pertandingan kucing," katanya.

6152153688307777665 (1)

Pertandingan FIFe World Winner Show 2024 yang diadakan di Norway.

Kini, minatnya terus berkembang melalui penyertaan dalam pertandingan-pertandingan kucing yang dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia (KKM) sejak 9 tahun lepas.

"Say mula sertai pertandingan kucing sejak 2016 kerana setiap tahun KKM ada anjur pertandingan show cat," katanya.

Wanita berusia 42 tahun itu juga sanggup 'terbang' jauh demi membolehkan kucing-kucing kesayangannya merangkul kemenangan dalam pertunjukan itu.

"Ini kali pertama Baby menang untuk pertandingan bertaraf dunia. Kalau pertandingan bertaraf antarabangsa sudah banyak kali menang.

"Pada tahun ini, KKM adakan di Norway. Tahun lepas mereka buat di Perancis, Eropah. Saya dan keluarga juga pernah ke Amsterdam untuk sertai pertandingan ini pada 2017," katanya.

6152365395835732283 (1)

Rooaida (kiri) bersama suaminya (kanan) merupakan pemilik kepada kucing bernama Baby (tengah)

Tidak kisah berhabis banyak wang, Rooaida beranggapan perlunya memberi penjagaan yang betul kepada si bulus untuk memastikan setiap kucing berada dalam keadaan sihat dan gembira.

"Memang sangat banyak kos sebab saya jaga lebih 40 ekor kucing. Ada yang kami selamatkan dari jalanan, ada yang saya ambil dari owner yang sudah tidak mahu membela atau terpaksa berpindah.

"Tetapi saya tak kisah keluarkan duit sebanyak mana kerana kalau beri penjagaan yang baik dapat kurangkan kos-kos lain.

"Kalau beri makanan yang tak sihat, tak bagus untuk penghadaman boleh menyebabkan batu karang atau cirit-birit," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram