BAGI wanita, sama ada suri rumah atau golongan profesional, memanjakan diri di spa adalah salah satu cara terbaik untuk merehatkan minda dan tubuh selepas hari memenatkan.
Jika anda mencari pengalaman spa unik, rangkaian Urban Retreat Spa di sekitar Lembah Klang menawarkan rawatan onsen, spa ala Jepun yang memberikan pelbagai manfaat holistik untuk kesihatan dan kesejahteraan.
Pegawai Pemasaran Urban Retreat Spa, Joanne Yap berkata, rawatan onsen membawa inspirasi tradisi Jepun yang terkenal dengan mandian air panas semula jadi.
BACA LAGI: Sampai menteri pun terpikat, status lelaki bukan alasan anak jati Kota Bharu buka bisnes tudung
Bilik persendirian memberi peluang kepada pelanggan menikmati me time. — Instagram/urbanretreatspamy
“Perkataan onsen merujuk kepada mandian kolam air panas tradisional Jepun. Ia kaya dengan mineral yang baik untuk tubuh dan membantu melegakan otot,” jelasnya.
Menariknya di Jepun, pengalaman onsen biasanya dilakukan secara berkumpulan.
Bagaimanapun jelas Joanne, Urban Retreat Spa menyesuaikan konsep tersebut dengan menyediakan bilik persendirian.
"Ia bertujuan memberi peluang kepada pelanggan menikmati me time, selain bersifat mesra Muslim," ujar Joanne.
Rawatan onsen sesuai untuk golongan wanita dan lelaki. — Instagram/urbanretreatspamy
Garam mineral
Menurut Joanne, terdapat beberapa manfaat melalui mandian onsen antaranya membantu merehatkan otot dan mengurangkan ketegangan, sekali gus menggalakkan kerehatan secara menyeluruh.
"Selain itu, ia juga mampu meningkatkan peredaran darah apabila oksigen dan nutrien dihantar ke sel-sel tubuh lalu mengumuh toksik daripada badan.
"Pada masa sama, ia (mandian onsen) bantu memperbaiki struktur kulit dan meningkatkan kualiti tidur," kongsinya.
Tambah wanita itu, pelanggan boleh memilih salah satu daripada tiga jenis garam mineral yang ingin diletakkan dalam mandian onsen iaitu kirei, iyashi atau zen.
Garam mineral kirei katanya, sesuai untuk kecantikan kerana fungsinya memutihkan, melembap dan menghidrat.
"Iyashi pula lebih kepada melegakan otot-otot sesuai buat golongan aktif bersukan. Sementara itu, garam mineral zen bertujuan membantu meningkatkan kualiti tidur dan kerehatan.
"Ini bermakna setiap mineral mempunyai fungsi berbeza mengikut Individu. Kesemua garam mineral ini merupakan produk semula jadi dari Jepun," jelas Joanne lanjut.
Sesi urutan antara perkhidmatan ditawarkan di Urban Retreat Spa. — Instagram/urbanretreatspamy
Rawatan onsen di Urban Retreat Spa bukan sahaja sesuai untuk golongan wanita, tetapi juga kaum Adam yang ingin merehatkan diri selepas penat bekerja atau aktif bersukan.
"Saya pernah mencuba spa onsen tulen. Suasananya menarik, bersih dengan suhu air bersesuaian. Perkhidmatan urutnya juga bagus," kongsi seorang pelanggan, Mane Kineko.
Bagaimanapun, wanita hamil atau yang mengalami sebarang penyakit tidak digalakkan melakukan rawatan spa onsen.
Joanne memberitahu, spa onsen yang ditawarkan di bawah rangkaian Urban Retreat Spa telah memenangi pelbagai anugerah.
"Antaranya ialah World Luxury Spa 2023 (The Best Luxury Onsen Spal, World Spa Award 2023 (The Best Day Spa in Malaysia), Tripadvisor Traveler's Choice 2023 dan Harper's Bazaar Award 2023 (The Best Day Spa in Malaysia)," ujarnya.
Maklumat lanjut, layari web https://urbanretreatspa.my atau hubungi talian 012-254 3881. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram