'Menyelam' cari barang vintaj, koleksi terpakai berpatutan di Pasar Karat KL


  • Massa
  • Rabu, 05 Feb 2025

Pasar Karat menjadi destinasi beli-belah menarik di Kuala Lumpur.

PASAR Klasik Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Pasar Karat merupakan lubuk penggemar barangan vintaj berjenama.

Merupakan antara destinasi beli-belah popular di ibu negara, masyarakat khususnya pengumpul koleksi berjenama pasti tidak asing dengan aktiviti jualan yang beroperasi setiap hari itu.

Terletak di laluan sekitar Jalan Tun HS Lee berhampiran Pasar Seni, ia dibuka setiap hari bermula dari pukul 4 pagi hingga 10 pagi.

BACA LAGI: Usah pandang sisi gelap, Vivy kini 'move on' mahu bangunkan aplikasi derma mudahkan masyarakat beramal

BACA LAGI: Wanita lebih mudah alami migrain? Berikut penjelasan pakar perunding neurologi, punca kekal misteri

karat 5

Seluar jean berjenama antara tarikan utama di Pasar Karat.

karat 4

Wang kertas lama turut dijual di Pasar Karat.

karat 2

Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan komputer riba pada harga terendah.

Mula beroperasi sejak April tahun lalu, tapak jualan itu yang pada mulanya bertempat di Lorong Petaling dipindahkan ke lokasi baharu ekoran faktor keselamatan yang lebih terjamin.

Dibanjiri pengunjung tanpa mengira waktu dan hari, barangan yang dijual menjadi tarikan utama orang ramai sanggup bersengkang mata berkunjung ke Pasar Karat.

karat 3

Koleksi duit syiling lama menjadi tarikan pengunjung.

karat 7

Pakaian seperti kasut dan baju vintaj dijual pada harga berpatutan di Pasar Karat.

Antaranya ialah duit syiling lama, jenama pakaian retro, majalah vintaj dan pelbagai lagi barangan lain dengan tawaran harga berpatutan.

Selain sebagai destinasi beli-belah, Pasar Karat juga turut menjadi lokasi unik buat mereka yang gemar merakamkan momen dengan persekitaran unik yang menjadi tarikan pada hujung minggu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram