
SEORANG pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WRV yang didakwa hilang kawalan dan nyaris terjatuh dari tingkat tiga Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang pada Selasa disahkan pesakit jantung.
Jelas Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid, individu berkenaan mengalami sakit dada dan menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pagar besi serta sebahagian dinding konkrit parkir berkenaan.
Hasil siasatan awal mendapati, pemandu lelaki 38 tahun itu merupakan pesakit jantung dan kenderaan tersebut dinaiki tiga penumpang ketika kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa nahas 'makan jalan' Bukit Ampang rupanya pelajar jurusan akaun no.2 terbaik dunia
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas bertembung treler, suami isteri maut, 2 anak parah di Gua Musang
"Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu sakit dada secara tiba-tiba ketika memandu dan mengakibatkan kemalangan, kesemua mangsa selamat dan hanya cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Rakaman kejadian tular di laman sosial dan meraih perkongsian ramai ekoran insiden nyaris meragut nyawa tersebut.
Pesakit lari dari wad agaknya.. nasib tak jatuh bawah pic.twitter.com/rzMUyQmucF
— CyberBorg (@borg_cyber) February 5, 2025
Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 2.25 petang.
"Mangsa lelaki berusia 39 tahun selamat dan berjaya keluar dari kenderaan itu sebelum pihak bomba tiba.
"Bomba kemudian membantu pihak penunda melakukan kerja menarik kenderaan itu ke tempat selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram