[VIDEO] Serangan terburuk dalam sejarah, lebih 10 terkorban tembakan bersenjata di sekolah Sweden


  • Benua
  • Rabu, 05 Feb 2025

Seramai 10 mangsa terkorban dalam kejadian tembakan bersenjata di sebuah sekolah dekat Orebro, Sweden pada Selasa.  — Agensi

SATU serangan tembakan bersenjata dilaporkan berlaku di sebuah sekolah dekat Orebro, Sweden membabitkan lebih mangsa 10 terkorban pada Selasa.

Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson menyifatkan tragedi itu sebagai serangan bersenjata paling dahsyat dalam sejarah negara itu.

Siasatan polis mendapati suspek bertindak bersendirian dan juga disahkan maut dalam kejadian tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sedar adik tertinggal belakang, budak 5 tahun maut terperosok di laluan lif sempit di Mumbai

BACA LAGI: [VIDEO] Marah lambat keluar lepas beli nasi ayam, suami tampar isteri direman 3 hari

Menggesa agar orang tidak mencetuskan sebarang spekulasi, Kristersson meminta diberikan ruang untuk menjalankan siasatan penuh berkaitan kes terbabit.

"Masyarakat di Sweden semuanya bertanya punca sebenar kejadian, tetapi anda perlu menunggu jawapannya sehingga kes selesai disiasat," ujarnya.

Dalam pada itu, pihak polis juga mengesahkan bahawa suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan jenayah terancang.

Kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan membunuh, membakar serta kesalahan senjata yang berat.

Sementara itu, Raja Carl XVI Gustaf menzahirkan ucapan takziah atas tragedi meragut nyawa itu dan menyifatkan ia sebagai 'hari hitam' buat Sweden.

Turut bertindak balas atas kejadian tersebut, pakar keselamatan Lena Ljungdahl berkata, keganasan telah meningkat di luar institusi pendidikan termasuk beberapa tembakan berhampiran sekolah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Saya telah menjangkakan perkara ini, sekolah bukan tempat terpencil dan apa yang berlaku di luar lambat laun akan berlaku di dalam sekolah," katanya.

Penganalisis politik, Mats Knutson menekankan bahawa insiden keganasan sedemikian semakin meningkat di Sweden dan ia mencatatkan sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Sweden kini berada dalam situasi krisis dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi negara," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram