
MALANG berganda buat seorang remaja perempuan apabila maut digilis sebuah bas selepas terjatuh daripada motosikalnya di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu, Terengganu pada Selasa.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.20 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Manir, Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha NVX dari kawasan berkenaan menghala ke rumahnya di Manir manakala bas dipandu lelaki berusia 70 tahun itu pula menghala pulang ke Kuala Berang.
BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa nahas 'makan jalan' Bukit Ampang rupanya pelajar jurusan akaun no.2 terbaik dunia
"Siasatan awal mendapati mangsa yang berada di lorong kiri dikatakan memasuki laluan bas yang sedang bergerak terus di lorong tengah.
"Mangsa terjatuh di laluan bas sebelum digilis tayar belakang dan mayatnya kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram