![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/03/3149036.jpg)
CAKENIS Club mencipta kejutan selepas mengumumkan kolaboratif bersama jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.
Kerjasama itu melahirkan koleksi eksklusif, Cakenis Club x Lee Zii Jia, yang menggabungkan elemen sukan dan fesyen dalam konsep moden dan elegan.
Diinspirasikan daripada gaya hidup aktif dan kembara pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu, koleksi tersebut direka khusus buat individu yang mementingkan keselesaan dan gaya mewah dalam penampilan harian.
BACA LAGI: Kecederaan tak sempat pulih, Lee Zii Jia terpaksa lupakan Terbuka Malaysia
BACA LAGI: Hairul Azreen umum bersara awal, tinggalkan bidang lakonan
Koleksi berkenaan menggabungkan seleksi jumper signatur Cakenis, Cooling Cotton Blend yang menyerlahkan penampilan sofistikated kasual dalam keselesaan maksimum.
Inilah idea fesyen yang ikonik dan praktikal untuk penataan gaya uniseks.
Pengasas Cakenis, Hanis Zalikha berkata, pemilihan Zii Jia adalah sangat bertepatan dengan hala tuju dan prinsip jenama fesyen dan gaya hidup yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu.
“Sebagai salah seorang atlet badminton tersohor di Malaysia, pengaruh beliau menjangkau jauh ke luar gelanggang.
"Beliau tidak hanya disanjung atas bakat kesukanan yang dimiliki, malah gaya hidup dan cita rasa fesyennya juga menjadi intipan peminat,” ujar Hanis.
Hanis (kanan) dan suaminya, Hairul (kiri) mengasaskan jenama Cakenis pada 2015. — Instagram/cakenis
Kolaboratif sedekad
Pelancaran Cakenis Club x Lee Zii Jia yang berlangsung pada 31 Januari lalu turut mencatatkan satu lagi kejayaan unggul dalam perjalanan jenama Cakenis yang memasuki tahun ke-10 pada tahun ini.
Cakenis sebelum ini pernah berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Barbie by Mattel.
Justeru kerjasama bersama Zii Jia kali ini menandakan satu lagi kejayaan baharu dalam mencerminkan kecemerlangan empayar pasangan berpengaruh, Hanis dan Hairul Azreen di pentas global.
Koleksi Cakenis Club x Lee Zii Jia dilancarkan di Kuala Lumpur pada Januari lalu . — Instagram/cakenis
Simbolik kejayaan tersebut juga diterjermahkan menerusi kempen koleksi Cakenis Club x Lee Zii Jia yang memaparkan kehadiran pemain berusia 26 tahun itu bersama helikopter, sekali gus melambangkan semangat perjuangan, kejayaan dan prestij.
Majlis pelancaran yang diadakan di pusat beli-belah mewah di Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan penampilan istimewa atlet legenda yang meraikan gabungan antara fesyen dan sukan.
Koleksi Cakenis boleh didapati secara dalam talian di www.shopcakenis.com atau secara langsung di Isetan, KLCC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram