[VIDEO] Tak sedar adik tertinggal belakang, budak 5 tahun maut terperosok di laluan lif sempit di Mumbai


  • Benua
  • Ahad, 02 Feb 2025

Tangkap layar kejadian yang mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Mumbai, India.

KERIANGAN tiga beradik bergelak tawa bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya dilaporkan maut tersepit pintu lif di sebuah kediaman pangsapuri.

Biarpun lima tahun berlalu, kejadian yang berlaku pada Disember 2020 itu kekal terpaku dalam ingatan masyarakat dunia yang turut bersedih atas pemergian kanak-kanak tersebut.

Mengimbau kembali kejadian yang berlaku di Mumbai, India itu, mangsa Mohammad Huzaifa Shaikh, 5, terlebih dahulu dilihat bersama dua kakaknya mahu menaiki lif ke kediaman mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Marah lambat keluar lepas beli nasi ayam, suami tampar isteri direman 3 hari

BACA LAGI: [VIDEO] MPV mewah jadi sarang 'sang belit', ramai tertanya cara nak tahu ular 'tumpang' kenderaan

Namun, tanpa disedari Huzaifa sedikit tertinggal ke belakang ketika dua kakaknya sudah pun memasuki lif berkenaan.

Malang buat kanak-kanak lelaki itu apabila ketiadaannya tidak disedari dan pintu lif terus tertutup meninggalkannya tersepit di laluan sempit berkenaan.

Terperangkap antara pintu dan gril besi di situ, Huzaifa dilihat terperosok ke bawah laluan lif terbabit sebaik ia bergerak ke atas dan hampir keseluruhan anggota badannya hancur dalam kejadian tersebut.

Mengalami kecederaan parah di kepala, kanak-kanak itu disahkan meninggal dua hari kemudian selepas diberikan rawatan di hospital.

Susulan insiden menyayat hati itu, pihak polis menggesa masyarakat khususnya ibu bapa agar memastikan anak-anak tidak menggunakan lif sendirian tanpa pengawasan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram