Selebriti terima bayaran hingga RM400,000 jadi duta syarikat perunding kewangan disiasat SPRM


  • Primer
  • Ahad, 02 Feb 2025

SPRM menerusi Ops Sky menahan lebih 12 individu disyaki terbabit rasuah dan penggubahan wang haram. — Ihsan SPRM

BEBERAPA selebriti termasuk artis terkenal dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman akan dipanggil Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, kesemua terlibat didakwa terpalit dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Keterangan akan diambil selepas siasatan mendapati terdapat sejumlah dana digunakan untuk selebriti berkenaan, termasuklah menjadi wajah kepada syarikat terbabit.

BACA LAGI: [VIDEO] Marah lambat keluar lepas beli nasi ayam, suami tampar isteri direman 3 hari

BACA LAGI: [VIDEO] MPV mewah jadi sarang 'sang belit', ramai tertanya cara nak tahu ular 'tumpang' kenderaan

"Daripada keterangan dan semakan kewangan yang diperoleh, kesemua selebriti ini menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat.

"SPRM juga mengesan terdapat bayaran turut dibuat untuk tajaan konsert dan gubahan lagu khas bagi pihak sindiket tersebut," katanya.

Siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

Kesemua selebriti terbabit didakwa dibayar ratusan ribu ringgit untuk meyakinkan orang ramai dan ada antara mereka mendapat bayaran mencecah hingga RM400,000 sebagai duta rasmi.

Terdahulu, SPRM membongkar operasi rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Ini adalah hasil penahanan 12 individu dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi menerusi Ops Sky meliputi kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Seramai 27 individu telah ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan kakitangan syarikat perunding kewangan dan seorang orang awam, yang kesemuanya telah dibebaskan daripada reman dengan jaminan SPRM. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram