[VIDEO] Marah lambat keluar lepas beli nasi ayam, suami tampar isteri direman 3 hari


  • 112
  • Ahad, 02 Feb 2025

Tangkap layar seorang lelaki menampar isterinya di khalayak ramai dekat sebuah pusat beli-belah Kota Warisan, Sepang baru-baru ini.

POLIS menahan reman seorang suspek yang didakwa menampar isterinya di khalayak ramai dekat sebuah pusat beli-belah, Kota Warisan, Sepang baru-baru ini.

Hasil siasatan mendapati, punca kejadian tercetus selepas pelaku berang isterinya lambat keluar daripada membeli makanan dari sebuah premis lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek berusia 50-an itu direman tiga hari bermula Ahad bagi membantu siasatan.

BACA LAGI: Sekolah agama kelolaan JAIS mulakan pendidikan STEM berasaskan al-Quran

BACA LAGI: [VIDEO] MPV mewah jadi sarang 'sang belit', ramai tertanya cara nak tahu ular 'tumpang' kenderaan

"Suspek dibenarkan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Telok Datok bermula Ahad, suspek dipercayai tidur di dalam kereta selama menghilangkan diri.

"Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa yang juga isteri suspek lambat keluar daripada pusat beli-belah terbabit selepas membeli nasi ayam," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, insiden berkenaan meraih perkongsian ramai di laman sosial susulan tindakan pelaku yang dikatakan cukup biadab dan memalukan isterinya.

Suspek ditahan kira-kira pukul 10 pagi di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan susulan laporan polis yang dibuat oleh adik mangsa.

Pengadu mengesahkan bahawa wanita yang diserang adalah kakaknya yang berusia 35 tahun dan pelakunya ialah suaminya yang berusia dalam lingkungan 50-an. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram