Estetika dapur, ruang santai Red Hong Yi sarat nilai seni dan falsafah peribadi


  • Relaks
  • Sabtu, 01 Feb 2025

Penting buat Red untuk mempunyai ruang khusus untuk berehat dan bersama dengan keluarga tersayang di rumah, selepas seharian menjalankan tugas

ESTETIKA dalam menghiaskan rumah merupakan pandangan subjektif kerana mengikut cita rasa pemilik. Mata setiap manusia memiliki kepuasan berbeza-beza, namun pemilihan barang dan susunan memainkan peranan penting.

Langkah ini adalah untuk mewujudkan ruang yang boleh memupuk kesejahteraan tatkala berehat, bersantai dan melakukan aktiviti ringan seperti memasak ataupun yoga di dalam rumah.

Bagi artis seni halus, Red Hong Yi, penting buat dirinya untuk mempunyai ruang khusus untuk berehat bersama keluarga selepas seharian melakukan aktiviti di luar.

BACA LAGI: Makin dapat 'market' di Thailand, JDT wajar diberi kredit tonjol prestasi cemerlang pemain Malaysia

BACA LAGI: Usia sudah lanjut, 3 import Liga Super 'diperam' dalam skuad Piala MFL

Red Hong Yi preparing ingredients on kitchen island countertop featuring Dekton Marmorio_3

Cosentino berkonsepkan gabungan ruang kulinari memberi ketenangan buat Red ketika memasak.

Sama ada memasak atau membaca secara santai di rumah, Red yang juga pereka seni bina berkongsi cara beliau membentuk rumah ideal buat ruang hobi dan dapur bersama jenama Cosentino, berkonsepkan gabungan bahagian kulinari.

Kitchen Island Countertop and Backsplash featuring Dekton Marmorio_3

Rekaan Cosentino menggunakan Dekton Marmorio untuk meja dan dapur stail island.

Karya rekaan ruang kulinari

Kebiasaannya memasak adalah hobi buat seseorang berkarya secara kreatif, sekali gus dapat meredakan stres sepanjang menyediakan hidangan buat insan tersayang.

Red juga tidak terkecuali bereksperimen dengan berbagai resepi hidangan sambil mengekspresikan berkreatif.

Justeru, beliau memastikan ruang dapurnya kelihatan lebih luas dan penuh inspirasi dalam mewujudkan suasana tenang, tetapi tampak mahal.

“Dapur adalah jantung rumah dan saya inginkan ruang ini menyuntik rasa nyaman dan tenang dengan mainan warna lembut.

“Jadi saya memilih kayu terang dengan sedikit bahan kayu lebih gelap untuk menambah karakter pada ruang tersebut. Ia juga memberikan kesan lebih kukuh dan elegan,” katanya.

Selepas membuat percaturan bersama rakan industri, Red memilih Cosentino dan menggunakan Dekton Marmorio untuk meja dan dapur berkonsepkan pulau. Wajah permukaan meja tersebut seakan-akan corak kayu halus yang cukup klasik.

Red Hong Yi curling up with a good book in her hobby space, next to the Totem Shelf featuring Earthic by Silestone® XM collection

Rak Totem (rak buku) direka menggabungkan kepingan sisa kitar semula dari bahan rangkaian Cosentino.

Ruang hobi bersantai

Beralih kepada ruang hobi, Red yang gemar membaca mencipta sudut study khas bagi membolehkannya 'melarikan diri' seketika berehat sambil mencari inspirasi dengan membelek helaian demi helaian koleksi buku beliau.

"Untuk menyimpan koleksi buku yang semakin bertambah, saya bekerjasama dengan Cosentino memasang Rak Totem berfungsi sebagai rak buku,” ujarnya.

Rak Totem direka menggunakan koleksi Earthic by Silestone XM yang inovatif menggabungkan kepingan sisa kitar semula dari bahan rangkaian Cosentino sebelumnya.

Reka bentuk berkenaan mengintegrasikan papan kayu terpakai dari sebuah rumah yang dirobohkan di Pulau Pinang dan pinggan mangkuk terdapat di kedai kopitiam tempatan.

Totem Shelf featuring Earthic by Silestone® XM collection designed by Red Hong Yi

Rak Totem dilihat sebagai ekspresi kreativiti dan komitmen Red terhadap kelestarian.

Selain tempat simpanan Rak Totem juga berfungsi sebagai galeri peribadi untuk buku-buku kegemarannya dan barang berharga.

"Di sinilah saya beristirahat dan melihat sebuah karya yang saya reka sehingga menjadi sebahagian item istimewa di dalam rumah. Ia membuatkan ruang ini lebih istimewa," jelasnya.

Rak Totem turut dilihat sebagai ekspresi kreativiti dan komitmen dirinya terhadap kelestarian kerana mencerminkan falsafah diri beliau mencipta ruang sarat nilai seni, fungsi dan kasih sayang mendalam terhadap bahan-bahan digunakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram