Harga bawah RM15,000 dan penuh stail, 5 motosikal cafe racer ideal buat 'beginner'


  • Hobi
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Motosikal jenis cafe racer semakin menarik minat generasi muda. — Gambar hiasan

FENOMENA cafe racer dilihat semakin berkembang dengan kehadiran minat anak muda yang menunggang jentera dua roda itu.

Melihat dari sudut komuniti, Malaysia kini sudah memiliki pelbagai jenis kumpulan motosikal yang meraikan penunggang-penunggang motosikal tersebut.

Sejarah cafe racer telah wujud sekitar tahun 60-an bermula di England. Mereka berlumba hanya bertujuan untuk menayangkan motosikal mereka dengan penuh gaya ke kedai kopi sambil mendapatkan secawan kopi di kedai tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'King servis bola drop is back', kehadiran Hairul Hazizi ubah rentak permainan Johor Tigris di GP Penang

BACA LAGI: [VIDEO] Tekong Siam dikata punca Kelantan Warriors balik awal, kelibat Purached mula dirindui

Bagi mereka yang ingin berjinak-jinak di dalam dunia permotoran tersebut dan tidak tahu motosikal retro moden apakah yang sesuai untuk kategori permulaan? Ini beberapa model yang boleh dicadangkan.

photo6287149496878082655

GPX Legend 150.

GPX Legend 150

Jenama yang berasal dari Thailand ini telah memiliki beberapa siri dan model yang masuk ke Malaysia. GPX Legend 150 merupakan model yang paling ‘adik’ sekali kerana memiliki kuasa enjin 150cc sahaja.

Didatangkan bersama reka bentuk yang agak klasik dan bentuk badan yang sedikit kurus, motosikal tersebut mudah untuk dikendalikan dengan kelajuan maksimum 120 kilometer sejam (km/j). Harga yang ditawarkan bermula RM 9,200.

2020_ktns_gp125_gp_125_cafe_ra_1589782938_bc1b6b7c_progressive

KTNS GP 125.

KTNS GP 125

Segelintir individu apabila mendengar motosikal enjin 125cc dianggap tidak laju namun perlu diingatkan bagi KTNS GP 125, ia bukan soal kelajuan tetapi gayanya di atas jalan raya terutamanya di bandar.

Model dari China ini menampilkan sebuah jentera nampak comel, tetapi ia mudah untuk ‘mencilok’ di tengah-tengah kenderaan.

Masih berwajah moden retro, kelajuan maksimumnya mampu memberikan 90 km/j. Memandangkan badan motorsikal ini agak ringan, kelajuan masih dapat dirasai terutamanya ketika berada di kawasan lapang.

Sesuai untuk wanita di luar sana yang ingin cuba berjinak-jinak dalam dunia cafe racer. Harga motosikal juga sangat mampu milik iaitu bermula RM6,700.

420f35_db402d201e194314b5df0f02c43f56b9~mv2

Keeway 152.

Keeway 152

Bagi mereka yang ingin tampak klasik, model dari China iaitu Keeway 152 adalah pilihan yang disyorkan. Motosikal ini jelas menampak reka bentuk yang begitu klasik dan masih boleh digayakan bersama pakaian ala-ala old school.

Menggunakan enjin 150cc, kelajuan maksimum yang mampu diberikan oleh jentera tersebut adalah lebih kurang sama dengan GPX iaitu 120 km/j.

Namun, daripada pandangan mata kasar saiz badan bagi model tersebut sedikit kecil daripada GPX Legend 150. Harga yang ditawarkan masih mampu milik iaitu bermula RM6,888.

279561870_1216406432494897_2026879030373241863_n-768x768

Brixton 150.

Brixton 150

Brixton 150 antara model kategori motosikal cafe racer yang banyak menjadi perhatian generasi muda.

Menawarkan beberapa varian, Brixton 150 antara model yang dilihat banyak keberadaannya di atas jalan raya terutamanya di bandar kerana wajah moden yang ditampilkan pada reka bentuknya.

Terdapat juga segelintir individu yang mengatakan ia masih kelihatan seperti motosikal retro namun elemen modennya lebih menonjol daripada wajah klasik.

Jenama dari Austria itu menggunakan enjin 149cc, kelajuan model itu berupaya sehingga 110 km/j dan harga bermula RM 9,588.

KTNS-ITALJET-BUCCANER-250CC

Italjet Buccaneer.

Italjet Buccaneer

Jika anda inginkan jentera cafe racer dengan kuasa enjin yang lebih laju, model Italjet Buccaneer dari Itali itu menggunakan enjin 250cc dan berupaya memecut sehingga 150 km/j.

Reka bentuknya seakan-akan motosikal lumba litar zaman 80-an tetapi di bahagian belakang badan, nampak lebih ranggi.

Didatangkan bersama nadi 2-silinder SOHC V-Twin 60º dan penyejukan udara dengan suntikan bahan api, harga ditawarkan bermula RM14,990 sahaja.

Suka untuk diingatkan, harga motosikal yang dinyatakan tidak termasuk cukai dan pendaftaran namun jika diimbas kembali, harga kelima-lima model tersebut masih di bawah RM15,000.

Tidak terlalu mahal dan spesifikasinya juga tidak kurang hebatnya bagi mereka yang baharu dan ingin memiliki cafe race.

Secara umumnya, motosikal kategori ini tidak bertumpukan kepada kelajuan. Ia lebih kepada gayanya di atas jalan dan paling penting mengikut kemampuan masing-masing.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram