'Tidak setuju kebaya dipadankan bersama seluar', pengkritik ­fesyen, Zaihani okey berinovasi, tapi jaga keaslian baju klasik


  • Relaks
  • Isnin, 20 Jan 2025

Zai (kiri) sentiasa menyokong kumpulan pereka fesyen berinovasi, namun jangan sesekali merosakkan identiti busana tradisional. — Gambar hiasan

MESKIPUN perubahan zaman mempengaruhi budaya pemakaian masyarakat, jangan sesekali biarkan arus pemodenan mencemarkan rekaan atau potongan baju klasik Melayu.

Bagaimanapun, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya helaian pakaian diolah berdasarkan fesyen semasa bagi menggabungkan elemen moden. Asalkan, pereka fesyen menitikberatkan entiti potongan asli sesebuah baju tradisional itu.

Veteran industri dan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain, menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak bersetuju dengan pemakaian baju kebaya bersama seluar atau pakaian lain-lain. Sepatunya ia digayakan dalam persalinan serba lengkap.

BACA LAGI: [VIDEO] Saif Ali Khan stabil lepas ditikam kena tulang belakang, doktor jumpa cebisan pisau dalam badan

BACA LAGI: Dari jurutera awam ke pemanah berkuda, Shaidin turunkan ilmu kepada anak sehingga menjadi juara

“Dari segi pengayaan, saya tidak setuju baju kebaya dipadankan dengan seluar atau pakaian lain. Sepatutnya, ia perlu dipakai satu set dan jadikan ia sut lengkap.

“Saya berfikir kalau nak jadikan pakaian itu trendy, kita perlu ada kesedaran dan berbangga memakai baju klasik Melayu, jangan malu,” katanya.

SaveClip.App_474157774_1156333052728686_4121873916837748928_n

Koleksi kebaya karya pereka fesyen Bahari Asyek masih mengekalkan keaslian dari segi rekaan. — Instagram/bahariasyekofficial.

Mesra dipanggil Zai, beliau turut berasakan pendedahan kepada generasi muda tentang jenis-jenis pakaian tradisional perlu dipertingkatkan supaya mereka dekat dengan busana tersebut.

"Saya rasa orang muda perlu didedahkan betapa banyaknya pilihan baju tradisional seperti baju kurung termasuk kebaya. Bukan sahaja kebaya jenis peranakan, malah ada kebaya sekerat tiang, belah dan macam-macam lagi.

download (5)

Pereka fesyen sentiasa digalakkan berinovasi dari segi rekaan, namun jangan sampai hilang keunikan pakaian tradisional.

Pada masa sama, Zai tidak menghalang, malah menggalakkan kumpulan pereka fesyen terus berinovasi, akan tetapi harus diingatkan jangan sesekali merosakkan identiti busana tradisional.

WhatsApp Image 2025-01-20 at 2.10.34 PM

Pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain.

Beliau berpendapat olahan yang terlalu banyak terhadap sesebuah pakaian tradisional sudah melanggar protokol.

“Kita memang galakkan pereka berinovasi, tetapi harus pastikan berada di batasan sepatutnya. Jika penghasilan baju Melayu, maka perlu ada kesantunannya.

“Tidak bolehlah semudah-mudahnya mengubah segala-gala aspek pada baju itu. Makna kata, akhirnya inovasi dilakukan pada pakaian, pereka perlu memastikan ia masih boleh dipandang seperti oh, ini baju Melayu tradisional,” jelasnya.

Miss Ratu Kebaya 2018 Phan Jing Mun (middle, in pink and green) strutting down the catwalk with fellow finalists in the kebaya round. (Jeremy Tan / Aug 28, 2018)

Kebaya antara busana tradisional yang masih menjadi pilihan generasi muda dan wanita moden hari ini.

Pun demikian, Zai turut berkongsi masih terdapat ramai pereka memiliki kehebatan dalam penghasilan baju tradisional menggabungkan elemen moden, namun keasliannya kekal terpelihara.

“Banyak pereka ada di luar sana, antaranya pereka kegemaran saya, Bahari Asyek. Mungkin saya sedikit berat sebelah, tetapi saya fikir mereka telah melaksanakan kerja yang sangat bagus.

“Sebagai contoh baju kebaya yang saya pakai hari ini ia diinspirasikan daripada baju telepuk. Kalau nak pakai baju telepuk original, tak mampu kerana kosnya ribu ringgit.

“Jadi mereka berjaya hasilkan pakaian ini seakan-akan telepuk, ini sudah cukup bagus untuk mencetuskan minat orang muda dan ia perlu buat mampu milik,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram