SIAR: Tinggal memori, taman tema Mimaland sempat jadi lokasi penggambaran 3 filem retro era 90-an


  • Hiburan
  • Rabu, 29 Jan 2025

Taman tema Mimaland turut tidak ketinggalan menjadi salah satu daripada babak lakonan filem popular era 90-an satu ketika dahulu.

SEBELUM wujudnya taman tema Sunway Lagoon, Malaysia pernah membina sebuah pusat rekreasi pertama iaitu Mimaland, singkatan daripada 'Malaysia In Miniature Land' di Gombak, Selangor pada 1975.

Pernah mencetuskan fenomena dalam negara satu ketika dahulu, malangnya taman tema itu ditutup selepas 19 tahun beroperasi ekoran kejadian tanah runtuh di sekitar kawasan tersebut.

Berkonsepkan tarikan haiwan prasejarah, pelbagai binaan dan patung-patung dinosaur bersaiz gergasi menjadi tumpuan utama pengunjung bukan sahaja dari Malaysia, malah serata Asia Tenggara.

BACA LAGI: 'Pahit Akan Manis Akhirnya' rupanya kisah poligami, komposer Saari Amri nyaris kahwin lagi lepas popular era 90-an

BACA LAGI: Watak Zurina 'Aku Dia & Volkswagen' kisah benar 'crush' zaman sekolah, bayangan mirip pelakon Eja

Mengimbau kembali caj bayaran kemasukan ke Mimaland, harga yang dikenakan pada masa itu cuma RM2 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

MIMA

LAND

Taman tema Mimaland merupakan antara tarikan pelancong satu ketika dahulu.

Dalam pada itu, memori penubuhan Mimaland sempat dirakamkan dalam beberapa buah babak filem tempatan era 90-an.

Biarpun sudah dirobohkan, namun kenangan manis taman rekreasi itu kekal dikenang sebagai antara lokasi ikonik buat pasangan bercinta satu ketika dahulu.

Berikut merupakan beberapa buah filem retro tanah air yang sempat mengadakan penggambaran di destinasi pelancongan tersebut.

gila

1. Gila-Gila Remaja (1986)

Filem Gila-Gila Remaja arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan ini merupakan antara yang terlaris dalam kalangan remaja satu ketika dahulu.

Dibintangi pelakon versatil Faizal Hussein, Rehana Yassin dan Rosyam Nor, naskhah bergenre romantik komedi itu cukup sinonim dengan jiwa remaja khususnya pasangan bercinta.

Turut mengangkat Mimaland dalam salah satu plot kisah percintaan tersebut, dialog 'besok jangan lupa... Mimaland' menjadi salah satu skrip Azroy lakonan Faizal Hussein menerusi filem tersebut.

Ch3fuCAUYAAljpZ

2. Mekanik (1983)

Dilakonkan seniman agung Allahyarham Azmil Mustapha, Mekanik turut menjadi salah satu saksi kegemilangan taman tema Mimaland.

Menariknya filem ini, destinasi Mimaland menjadi salah satu daripada babak fantasi percintaan antara Azmil dan heroinnya, Julie Faridah yang ketika itu diberi jolokan pasangan dua sejoli.

Filem arahan Othman Hafsham itu berjaya meraih beberapa kategori pada anugerah Festival Filem Malaysia ke-4 pada 1983.

tuan

3. Tuan Besar (1980)

Menampilkan gandingan seniwati Fauziah Ahmad Daud dan Allahyarham Wahid Satay, filem Tuan Besar merupakan antara filem berwarna terawal diterbitkan dalam industri tempatan.

Namun, di kalangan semua seleksi filem di atas, karya arahan Allahyarham Malek Selamat ini antara yang paling banyak merakamkan babak di Mimaland.

Ia seiring dengan era kegemilangan dan populariti taman tema tersebut yang ketika itu baru memasuki tahun kelima ia dilancarkan sekitar 1980.

Babak romantis Jamilah lakonan Ogy dan Jamil (Rahim Jailani) turut kelihatan di samping replika haiwan gergasi yang menjadi tarikan di Mimaland satu ketika dahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram