MAHKAMAH Sesyen Sepang, Selangor melepaskan tanpa membebaskan pelawak dan pelakon, Along Cham, 41, daripada pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis (ganja) yang ditemui di kediamannya dekat Cyberjaya sekitar Disember tahun lalu.
Lega dengan keputusan tersebut, Along ataupun nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad melakukan sujud syukur dan memeluk erat isterinya yang turut hadir di mahkamah pada Isnin.
Dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM5,000, pendakwaan memohon pertuduhan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu dipinda dan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dituduh atas Seksyen 39A (1) ADB 1952.
BACA LAGI: Watak Zurina 'Aku Dia & Volkswagen' kisah benar 'crush' zaman sekolah, bayangan mirip pelakon Eja
Di Mahkamah Majistret, Along berdepan dua lagi pertuduhan berkaitan memiliki dan mengambil dadah, yang mana tertuduh dibenarkan diikat jamin.
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berasingan iaitu memiliki ganja dan mengambil dadah yang dikenal pasti sebagai tetrahydrocannabinol (THC) pada hari yang sama.
Pertuduhan pertama mendakwa Along memiliki 49.61 gram ganja di sebuah kediaman di Cyberjaya kira-kira pukul 3.10 petang pada 14 Disember 2024.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 DDA 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1), yang memperuntukkan hukuman penjara serta denda.
Pertuduhan kedua melibatkan pengambilan THC di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada hari sama kira-kira pukul 10 malam.
Pertuduhan berkenaan difailkan mengikut Seksyen 15(1)(a) DDA 1952, dibaca bersama Seksyen 38B yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000, penjara sehingga dua tahun dan pengawasan mandatori dua hingga tiga tahun jika disabitkan kesalahan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram