DEBARAN program realiti Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kian terasa dengan barisan pesertanya mula menunjukkan 'taring' sebenar dalam perebutan gelaran juara.
Merupakan satu-satunya platform yang menawarkan ganjaran wang berjumlah RM1 juta, sang juara pastinya dinilai dari segenap sudut kualiti setimpal dengan nilai tersebut.
Pun begitu, ada pihak mendakwa rancangan tersebut semakin terpesong daripada konsep asal yang sepatutnya berperanan dalam pencarian bakat baharu industri muzik tanah air.
Lebih menjaja berita sedih daripada bakat pesertanya, warga maya meluahkan kecaman di laman sosial berkaitan hal tersebut.
@calpissodaoneinamillion @drhafizzainal ♬ original sound - CalpisSodaOneInAMillion - CalpisSodaOneInAMillionTV3
"Kisah sedih peserta lebih menyerlah dari bakat, bakat dapat dilihat seminggu sekali tapi kisah sedih berulang kali dalam sehari, paling menyedihkan terpaksa tolak kereta dan mak nak gadai cincin perkahwinan," kata Lanreef Lanreef.
"Semua peserta selingan kisah sedih macam minta simpati, bosan takda idea dah OIAM ni," ujar Ajaq Amsterdam.
"Aku sampai konfius ni cerita OIAM atau Bersamamu, asyik nak menjual kisah sedih daripada bakat nyanyian, sepatutnya diutamakan persembahan nyanyian bukannya cerita sedih buat orang nangis," tambah Faris Muzliq.
"Ini bukan cerita nyanyian dah, tolong lah kita ni penonton nak tengok pencarian bakat bukan kisah sedih dia yang dulu tolong mak, ada yang kes keluarga dibunuh pun diceritakan," jelas Hanis Zan.
Terdahulu, bekas pesertanya, Rezza Shah, 22, menerima kecaman ramai ekoran isu disiplin dan koflik dalaman dihadapi sepanjang bertanding dalam program tersebut.
Dikritik hebat kerana hanya bersandarkan rupa dan populariti semata-mata, jejaka kelahiran Kuching, Sarawak itu walau bagaimanapun difahamkan tidak berputus asa untuk terus mengejar cita-citanya menjadi penyanyi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram