Kongsi pentas bersama, Bunkface buat persembahan 'opening' konsert Green Day di KL


  • Hiburan
  • Isnin, 27 Jan 2025

Bunkface bakal beraksi pada pembukaan konsert Green Day di Kuala Lumpur Februari kelak.

KUMPULAN rock popular tanah air, Bunkface mencipta sejarah tersendiri apabila bakal menjadi kugiran tempatan pertama berkongsi pentas bersama Green Day di Kuala Lumpur pada 18 Februari nanti.

Perkara itu diumumkan penganjur konsert tersebut, livenation.my menerusi hantaran di Instagram pada Isnin yang nyata disambut baik ramai peminat muzik tanah air.

"Kami teruja mengumumkan Bunkface, kumpulan rock Malaysia paling ikonik akan beraksi pada pembukaan konsert Green Day yang pertama di Kuala Lumpur," katanya.

BACA LAGI: Bukan saja Green Day, Maroon 5 juga sah beraksi di Malaysia pada Februari 2025

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mr Bean lagi real' babak kejar bas rupanya 'fake', pelakon Rebel Ridge kantoi duduk atas kereta sorong

Sekadar info, muzik Bunkface banyak dipengaruhi kumpulan rock popular Amerika Syarikat (AS) itu dengan vokalisnya, Sam, 37, juga pernah akui perkara tersebut di awal pembabitannya dalam industri.

Bagaikan fenomena, khabar gembira itu membuatkan peminatnya sudah tidak sabar untuk hadir ke konsert yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelak.

greenday-kl-1x1877536901494799890-1

Konsert Green Day bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Februari kelak.

"Satu pilihan tepat, Bunkface memang pengaruh muziknya dari Green Day, sejarah tercipta buat Bunkface," kata Yazid Ghaz.

"Dah lama tunggu dua kumpulan ni berkongsi pentas, Bunkface dengan Green Day memang power! Mau penuh satu stadium nanti," ujar Hafiz.

"Mana nak dapat tiket, mesti ramai yang jual balik tiket nanti harga lagi mahal sebab ada Bunkface," tambah Farhan Jauhari.

Dalam pada itu, Malaysia merupakan negara kedua Asia Tenggara yang menjadi persinggahan mereka selain Jakarta, Indonesia.

Dikenali di seantero dunia, kumpulan dianggotai Billie Joe Armstrong, Mike Dirt, dan Treé Cool itu cukup ikonik dengan lagunya berjudul Wake Me Up When September Ends. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram