JURANG perbezaan kualiti serta plot antara filem tempatan dan Hollywood dikatakan masih lagi jauh untuk menyamai pencapaian antarabangsa.
Ditambah pula dengan kelengkapan teknologi serta bajet besar dimiliki produksi Amerika Syarikat (AS) misalnya, membuatkan ramai penggiat tanah air masih di takuk yang lama.
Namun, pendedahan dibuat seorang kru produksi antarabangsa di laman X baru-baru ini memaparkan situasi sebenar di belakang tabir filem Rebel Ridge (2024).
Merupakan antara naskhah popular di Hollywood, siapa sangka proses pembikinan filem tersebut tidaklah sehebat dijangka kerana banyak menggunakan elemen sudut kamera berbeza.
Disifatkan 'indah khabar dari rupa' oleh warga maya, babak pelakon utamanya, Aaron Pierre mengejar sebuah bas sambil berbasikal adalah palsu semata-mata.
Menerusi perkongsian tular di laman X jelas melihatkan Aaron sekadar melakonkan babak tersebut sambil duduk pada sebuah kenderaan menyerupai kereta sorong.
Aaron Pierre during the filming of the bike sequence in Rebel Ridge. pic.twitter.com/0CMs9PAQty
— ❆ (@AARONLEGI0N) September 30, 2024
"Adui kena tipu macam tu je, punya la aku percaya dia nampak bersungguh kayuh kejar bas tu, hebat filem Hollywood," kata Fadli Harun.
"Mr Bean saja yang real, tu pun masa babak dia tergantung kat kereta, basikal dah digari rupanya," ujar Danial E-man.
"Kayuh basikal saja pun nak tipu, pelakon hebat macam Jackie Chan, Keanu Reeves, Tom Cruise semua buat betul-betul, tak pakai pelakon aksi pun," tambah Fergarsen.
"Mati-mati ingat dia betul kayuh basikal, rupanya duduk atas kereta saja, kalah Mr Bean macam ni," tambah Anuarr Faman.
Filem Rebel Ridge merupakan sebuah karya arahan Jeremy Saulnier bergenre 'thriller' yang menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Aaron Pierre, Don Johnson, AnnaSophia Robb, David Denman, Emory Cohen dan ramai lagi.
Tersenarai antara filem terhangat di Netflix, Rebel Ridge tersedia di platform itu sejak Oktober 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram