[VIDEO] Kecewa bisnes kerap ditipu, fans sokong projek kurta Zizan Razak siap minta buat 'plus size', kain pelekat


  • Hiburan
  • Isnin, 20 Jan 2025

Sentiasa menjadi anak kebanggaan ibu, Zizan Razak nekad bangkit meskipun sering ditipu dalam perniagaan.

"SAYA kena tipu, banyak kali, tahun ini, apa yang saya cuba nak buat harapnya menjadi, saya nak buat Kurta dan Baju Melayu."

Demikian luahan pelawak popular, Zizan Razak, 40, selepas dikatakan beberapa kali ditipu dan mengalami kerugian besar dalam perniagaannya selama ini.

Kecewa dengan situasi dihadapi, pelakon Polis Evo itu walau bagaimanapun tidak berputus asa, sebaliknya mahu terus melebarkan sayap dalam perniagaan baju Melayu dan kurta sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

BACA LAGI: Power Rangers 'Pink' kini bomba berusia 50 tahun, watak penting Ops kebakaran dahsyat di LA

BACA LAGI: Bukti cinta sejati, Stephen Chow sanggup membujang lepas hubungan cinta dengan Ms Butterfly tak direstui ibu

"Korang kena dengar luahan hati saya, saya dah simpan lama. Tahun 2025, saya rasa masa yang sesuai untuk saya ceritakan apa yang saya lalui dalam bisnes.

"Saya kena tipu, banyak kali. Kalau nak sebut tentang nilai, agak besar.

"Tahun ini, apa yang saya cuba nak buat ini harapnya menjadi, kalau tak banyak pun tidak mengapa, saya nak buat Kurta dan Baju Melayu," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Menagih sokongan daripada peminat, Zizan berharap agar projek niaga yang sedang dalam pembikinan itu diterima ramai khususnya golongan lelaki di luar sana.

Mahu melihat semua lelaki Melayu kelihatan kacak dan segak di pagi raya, bekas juara Super Spontan All Stars (2015) itu mempertaruhkan segala ilmu fesyen dimiliki demi kepuasan si pemakai.

Dalam pada itu, perkara itu mendapat sokongan ramai peminat yang rata-ratanya menyambut baik idea serta perniagaan baju Melayu dan kurta dibangunkan Zizan.

Biarpun baru sahaja diumumkan di laman sosial, warga maya sudah tidak sabar untuk melihat buah tangan terbaharu daripada pelawak itu menjelang Aidilfitri nanti.

Malah, beberapa individu tampil dengan permintaan dan cadangan agar Zizan melancarkan kain pelekat dan baju kurta dewasa khas buat golongan bersaiz besar.

"Semoga berjaya, apa kata keluarkan kain pelekat jenama Zizan sendiri, nampak biasa tapi impak dia luar biasa. Kain pelekat ni semua boleh pakai dari muda sampai ke tua," kata _wfymnrh.

"Cuma satu je tolong la buat plus size juga, sebab niat tahun ni nak belikan suami baju raya, disebabkan badan comel sangat susah nak dapat yang sesuai, jadi minta Zizan buat plus size punya," ujar eqien_rose.

Terdahulu, Zizan mula menceburi bidang keusahawanan menerusi produk makanannya sendiri iaitu BurgerByte sekitar 2013.

Semakin melebarkan sayap dalam perniagaan, terbaharu pelawak itu berjaya merealisasikan impiannya memiliki sebuah bengkel iaitu GGS Eurotech Sdn. Bhd. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram